HARIMAU KUMBANG KELIHATAN BERKELIARAN DI TERENGGANU

HARIMAU KUMBANG KELIHATAN BERKELIARAN DI TERENGGANU

BUKIT BESI,20 September 2021  –  Kampung Besol Lama yg sebelum ini pernah digemparkan dengan kehadiran beberapa ekor harimau telah mencetuskan kembali kebimbangan bagi penduduk setempat di kawasan berhampiran selepas penemuan dan rakaman video seekor harimau kumbang (black panther) sebentar tadi.

Harimau kumbang itu kelihatan melintas jalan di sebuah lebuhraya pintas dari Kampung Besol ke Kampung Kuala Jengal. Haiwan tersebut didapati merayau bersendirian dan tidak menghiraukan kehadiran pengguna jalan raya tetapi sebaliknya terus berlalu pergi.

Bagaimanapun maklumat daripada setempat mendapati bahawa kehadiran harimau kumbang bukanlah sesuatu fenomena yang baru di kawasan tersebut kerana kelibat haiwan liar berkenaan pernah kelihatan sebelum ini. Pertembungan ini adalah munasabah memandangkan kedudukan kawasan tersebut yang berhampiran hutan simpan di daerah itu memang kaya dengan hidupan liar seperti harimau belang,tapir,gajah, beruang dan sebagainya. Haiwan – haiwan tersebut merupakan haiwan terpelihara dan penduduk atau orang ramai telah dinasihatkan supaya tidak  melakukan provaksi yang mengganggu haiwan berkenaan.

Penduduk berdekatan juga disarankan agar tidak melepaskan ternakan atau haiwan peliharaan mereka di kawasan berhampiran untuk memastikan kejadian tidak diingini boleh dielakkan. Penunggang motorsikal dan basikal juga perlu lebih berhati-hati ketika melalui jalan raya di kawasan berkenaan yang dipercayai merupakan habitat harima kumbang tersebut.

Harimau kumbang (black panther) adalah varian warna melanistik leopard (Panthera pardus) dan jaguar (Panthera onca). Dalam kata lain, harimau kumbang merupakan spesis yang sama dengan harimau bintang tetapi warnanya menjadi hitam disebabkan pigmen hitam (melanin) yang berlebihan daripada harimau bintang biasa. Bagi manusia pula, kepekatan pigmen hitam (melanin) ini menjadikan sesorang itu berkulit gelap.

Harimau kumbang memerlukan kawasan yang luas sebagai habitatnya bagi tujuan memburu dan membiak. Secara umumnya, harimau hidup secara bersendirian, sama seperti kebanyakan spesis kucing besar seperti harimau belang, harimau bintang, jaguar, cheetah dan singa gunung (kugar).

Diet utama haiwan ini adalah haiwan yang sesuai dengan saiznya seperti kera, burung, kambing hutan atau rusa kecil. Harimau ini kebiasaanya menghabiskan masa di atas pokok sama seperti harimau bintang. Harimau Kumbang tersebut dikatakan mempunyai anak dan datang ke situ untuk mendapatkan air.

kredit video anonymous

NAK BERCUTI…JOM KE REDANG DAN TASIK KENYIR TERENGGANU.

Resort 3 bintang dengan harga 2 bintang

Resort serba privacy di Redang

Senarai Pemilik Houseboat di Tasik Kenyir

Add Comment