Apa Sudah Jadi Dengan Bekas Bintang Bola Sepak Arsenal Ini
Siapa yang tak kenal dengan Bekas Pemain Bintang Arsenal ini, Emmanuel Ebou. Beliau pernah beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL), yang menjanjikan kehidupan mewah dengan gaji yang lumayan kini merempat.
Nama Emmanuel Eboue di mulut penyokong Arsenal tidak asing lagi pada suatu ketika dahulu. Beliau mempunyai peminat yang tersendiri selain bersosial di kelas atasan adalah sebati dengan dirinya sepanjang tujuh tahun di pentas liga bola sepak ‘Word Class’.
Namun, siapa sangka itu kini tinggal sejarah sahaja. Kini, Eboue yang berusia 34 tahun terpaksa bersembunyi dan melarikan diri daripada pengutip hutang yang sentiasa mengejarnya selain terpaksa menjadikan kaki lima sebagai tempat untuk beliau berteduh. Beliau juga yang berasal dari Ivory Coast ketika ditemui media, penampilannya yang segak dan gagah dahulu kini berubah secara 360 darjah.
Seterusnya beliau mengaku, nasib malang yang menimpa dirinya adalah disebabkan kegagalan beliau dalam menguruskan kewangan dan terlalu percaya dengan rakan-rakan. Beliau juga sering menghadapi tekanan yang amat berat sehingga sanggup mengambil keputusan untuk membunuh diri.
Dalam pada itu juga, penderitaan beliau ditambah pula dengan penggantungan selama 12 bulan daripada terlibat dengan aktiviti bola sepak oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) disebabkan insiden pergaduhan beliau dengan ejennya.
Tambahnya lagi, beliau telah pun bercerai dengan bekas isterinya, Auriele dan diisytiharkan muflis selepas beliau diarahkan oleh mahkamah untuk menyerahkan semua hartanya kepada bekas isteri.
Nasib beliau bertambah malang lagi apabila beliau kalah dalam kes hak penjagaan ke atas tiga orang anaknya hasil daripada perkahwinannya itu.
Dalam perkembangan yang terbaru, keadaan Eboue kini telah menarik minat pengurus Galatasaray, Fatih Terim yang mana Eboue pernah beraksi bersama kelab gergasi turki itu selama lima tahun selepas dia meninggalkan Arsenal. Galatasaray berminat untuk menolong Eboue dengan melantik beliau menjadi jurulatih untuk skuad akademi bawah 14 tahun.
Eboue apabila mendengar reaksi daripada Fatih Terim, beliau berasa gembira dengan kerjaya yang ditawarkan dari kelab lamanya Galatasaray. Kata Eboue lagi, Fatih Terim itu seperti ayah dan dia sangat menyayanginya dan sanggup melakukan apa sahaja demi kasih sayangnya itu.
Eboue menyertai kelab Galatasaray dari tahun 2012 sehingga 2016 dan beliau telah melakukan 79 penampilan bersama negaranya iaitu Ivory Coast.