Bercuti di Sabah
Sebut sahaja negeri Sabah, pastinya yang terlintas di fikiran ramai orang adalah pelbagai tempat percutian yang best dan menarik seperti pulau-pulau yang mempunyai laut yang cantik, gunung kinabalu bagi mereka yang suka mendaki, kawasan peranginan Kundasang yang hampir menyerupai keadaan di Cameron Highlands, pelbagai tempat makanan seafood yang murah dan pelbagai lagi.
Boleh dikatakan bagi mereka yang gemar melancong, Sabah merupakan salah satu sebuah negeri yang wajib dilawati di dalam Malaysia.
Pastinya ramai yang tertanya bagaimana hendak ke Sabah dan apa yang menariknya Sabah ini sendiri. Dalam travel note kali ini, hanya menceritakan sedikit sebanyak berkaitan negeri Sabah dan nantikan note yang terbaru yang lebih detail berkenaan dengan tempat tempat menarik di Sabah.
Bagi mereka yang hendak ke Sabah, jika dari Sarawak, perlu melalui negara Brunei. Melalui jalan darat ini dari Brunei pastinya agak memakan masa sedikit kerana perlu banyak proses urusan imigresen. Ada lapan kali yang perlu pelancong cop passport jika datang dari negeri Sarawak melalui jalan darat.
Ini kerana kita perlu masuk dan keluar Brunei kemudian masuk dan keluar sekali lagi. Nak buat macam mana negara Brunei terbahagi dua dan itu sahaja satu satunya jalan yang ada dan paling hampir dengan Brunei. Jika anda dari Miri Sarawak, perjalanan hanyalah lebih kurang 450 kilometer menuju ke Kota Kinabalu.
Bagaimana pula jika kita datang dari Semenanjung Malaysia menggunakan kapal terbang?
Jika anda datang menggunakan kapal terbang dari KLIA2, untuk perkhidmatan airasia, ada tiga laluan yang boleh dipilih iaitu menuju ke Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau. Tempat yang popular pastinya menuju ke Kota Kinabalu kerana berhampiran dengan Kundasang dan juga mempunyai beberapa pulau berdekatan yang sangat cantik dan jernih airnya. Perjalanan dari KLIA pula lebih kurang 2 jam lebih.
Apa yang menarik Sabah ini?
Yang menarik pastinya makanan-makanan seafood yang jauh lebih murah daripada yang boleh kita dapat di Semenanjung Malaysia. Bayangkan ikan merah dan sotong pon boleh dapat dengan harga RM3 bagi setiap 100g yang sudah siap masak lagi. Kalau makan, pastinya akan ada beberapa jenis makanan laut atas satu meja. Tempat yang paling ramai pengunjung pastinya Dataran Todak yang berhampiran dengan Filipino Market.
Macam mana nak tahu dah sampai ke belum dekat Dataran Todak ini boleh tengok seperti gambar di atas. Kalau ada jumpa bulatan yang ada ikan todak, dataran todak lah tu seperti gambar di atas.
Tempat makan simpe je…mostly kanopi putih yang bersaiz besar 20×20 kaki seperti gambar di bawah.
Produk tempatan juga merupakan tarikan kepada pelancong untuk datang ke Sabah. Pastinya jika anda semua mahu pulang dari bercuti, pastikan bawa beberapa ole ole seperti bilis sabah, kuih cincin dan kuih tempatan, mutiara yang digunakan sebagai keronsang dan butang baju melayu dan banyak lagi.
Sabah juga terkenal dengan kecantikan alam semula jadi seperti di kawasan kawasan pulau seperti Pulau Sipadan dan kawasan tanah tinggi iaitu Kundasang di mana kita akan dapat melihat gunung kinabalu yang begitu hampir dengan kawasan Kundasang ini.
Di Sabah ini juga terdapat kawasan tarikan pelancong seperti rumah terbalik, rumah semuat, muzium, taman haiwan dan pelbagai lagi tempat menarik yang pastinya dapat digunakan untuk mengisi masa lapang ketika berada di Sabah.
Bagi yang ingin benar-benar ke Sabah, nantikan entri seterusnya secara lebih terperinci mengenai Sabah dan kawasan yang boleh dilawati.