Thumbs up untuk Thor Ragnarok

Thumbs up untuk Thor Ragnarok

Bagi peminat cerita dari marvel, Thor Ragnarok merupakan antara cerita yang ditunggu-tunggu kerana ia melibatkan beberapa orang watak superhero daripada marvel cinematic universe (mcu) iaitu Thor, Loki, Doctor Strange dan Hulk.

Bagi mereka yang belum tengok lagi cerita Thor Ragnarok ini yang baru keluar di panggung wayang bermula 26 Oktober 2017, cepat-cepat lah tengok cerita ini. Sangat terbaik cerita ini kerana pastinya anda tidak akan bosa seperti menonton Transformers 5.

Sedikit sinopsis mengenai cerita thor ini adalah,

Thor ketiga kali ini adalah mengenai kisah Thor anak kepada Odin yang mencari ayahnya yang telah menghilangkan diri dan berada di bumi. Bermulanya perjalanan Thor dan Loki dengan dipaksa berjumpa dengan Doctor Strange kerana Doctor Strange pada ketika itu adalah Penjaga Bumi daripada makhluk ataupun alien daripada luar bumi.

Doctor Strange ini yang akan membawa Thor dan Loki ini berjumpa dengan Odin di satu kawasan. Pada ketika inilah Odin akan menceritakan rahsia keluarganya dan ramalan Ragnarok terhadap kehancuran Asgard.

Tujuan Thor mencari ayahnya adalah untuk menyelesaikan misteri berkenaan dengan Ramalan Ragnarok iaitu ramalan di mana berlakunya kehancuran Asgard. Di saat itu, munculnya Hela Dewi Kematian. Bagaimana kesudahan ceritanya boleh tengok sendiri nanti…kalua cerita lebih lebih nanti spoil mood tengok wayang…

Cerita Thor ini sangat menarik kali dan sangat berbeza dengan 2 cerita Thor yang terdahulu. Thor kali ini lebih kelakar dan lebih penuh aksi sehingga merasakan masa 2 jam di dalam panggung wayang tersebut bergerak dengan pantas. Dalam panggung wayang anda pastinya tidak akan berhenti ketawa dengan lawak lawak jenaka yang kebanyakannya datang dari watak Thor itu sendiri.

Rambut Thor yang pendek sebegini pun boleh jadi 2-3 lawak dan jenaka dalam cerita Thor Ragnarok ini. Watak tambahan juga sangat kelakar seperti watak Korg makhluk batu yang berwarna biru.

Babak-babak pertarungan dengan Hulk juga sangat menarik. Apa yang kurang adalah ending sahaja. Bagaimana kurangnya ending itu boleh pergi ke panggung wayang terdekat sendiri.

Apa yang pasti, semasa tamat cerita Thor ini, jangan bergerak bangun terus untuk keluar dari wayang, nanti terlepas dengan satu babak atau scene yang akan mengaitkan perjalanan Thor 3 ini kepada Avengers ketiga nanti.

Add Comment