Himpunan RPT DLP Math Science Year 1 – 6

Himpunan RPT DLP Math Science Year 1 – 6

DLP merupakan program yang memberi pilihan kepada sekolah untukmenggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) mata pelajaran bidang sains dan matematik yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Program ini dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)

Sekolah yang layak untuk melaksanakan DLP hendaklah memenuhikriteria yang berikut:a) Sekolah mempunyai sumber yang mencukupiSekolah hendaklah mempunyai guru yang memenuhi kriteria yang ditetapkan (6.2) untuk mengajar mata pelajaran bidang sains dan/atau matematik dalam bahasa Inggeris. Di samping itu, sekolah hendaklah mempunyai bilik darjah dan/atau bilik-bilik khas yang mencukupiuntuk melaksanakan PdP DLP.

2.Pengetua/Guru Besar (PGB) mempunyai perancangan untuk melaksanakan DLPPengetua/Guru Besar (PGB) hendaklah mengadakan perbincangan bersama-sama guru dengan bimbingan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk menyediakan perancangan jangka panjang dan jangka pendek yang merangkumi aspek seperti guru, murid, bilik darjah, dan sumber PdP bagi memastikan keberkesanan dan kelansungan pelaksanaan DLP di peringkat sekolah

.c) Permohonan daripada ibu bapa/penjagaSekolah hendaklah menerima sekurang-kurangnya 15 permohonan secara bertulis daripada ibu bapa/penjaga sebelum kelas yang melaksanakan DLP boleh dibuka. Ibu bapa/penjaga yang memohon perlu dimaklumkan jika bilangan permohonan adalah tidak mencukupi bagi pembukaan kelas yang melaksanakan DLP.

Berikut adalah himpunan RPT DLP mengikut mata pelajaran science dan math

Himpunan RPT 2021 DLP Science Year 1 – Year 6

Himpunan RPT 2021 DLP Mathematics Year 1 – Year 6

Ini adalah perkongsian bahan pdpc daripada rakan rakan guru seluruh Malaysia. Dibenarkan para guru, ibubapa atau pelajar berkongsi dengan rakan rakan yang lain.

Bagi mendapatkan pelbagai bahan terkini untuk pdpc bagi kegunaan sekolah menengah, boleh sertai telegram di https://t.me/bahansekolahmenengah ataupun like facebook rasmi di Facebook Rasmi Bahan Sekolah Menengah

Perkongsian bahan ini diharap dapat memberi manfaat kepada rakan rakan guru, ibubapa dan mereka yang berkait dengan pembelajaran di peringkat sekolah menengah sama ada KSSM atau KBSM. Terima kasih kerana membaca pos ini.

Add Comment