Bahan Lengkap Transisi Tahun 12021

Bahan Lengkap Transisi Tahun 1 2021

Bahan Transisi 2021 untuk murid tahun 1. Antara program pertama yang akan dilaksanakan oleh pihak sekolah di awal tahun adalah program minggu transisi murid tahun 1. Program Transisi bertujuan untuk membantu pelajar baru menghadapi perubahan dalam keadaan transisi dan pendidikan tidak formal di rumah atau di PraSekolah ke arah pendidikan yang lebih formal di tahun 1 sekolah rendah.

Program Transisi Tahun Satu 2021 dirangka dengan memberi penekanan terhadap aspek sosioemosi, kognitif dan fizikal murid bagi menyediakan mereka menghadapi perubahan, menyesuaikan diri dan membina keyakinan diri di sekolah rendah.

Program Transisi Tahun Satu 2021 ini diorganisasikan dalam tiga fasa iaitu Fasa Persediaan, Fasa Penyesuaian dan Fasa Kesediaan. Pelaksanaan ketiga-tiga fasa ini memerlukan usaha dan pelibatan semua pihak termasuk pentadbir sekolah, guru dan ibu bapa/penjaga.

Objektif Program Transisi Tahun Satu 2021 ialah:

  1. Menyesuaikan murid dengan keadaan dan persekitaran sekolah.
  2. Membina hubungan antara murid dengan rakan sebaya dan guru.
  3. Meningkatkan keyakinan murid dan membentuk sikap positif dalam interaksi sosialserta pembelajaran.
  4. Menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk pembelajaran seterusnya.

Program transisi diorganisasi dalam 3 fasa iaitu:

 Fasa 1: Persediaan

Fasa persediaan dilaksanakan sebelum sesi persekolahan bermula iaitu pada 11 Januari hingga 19 Januari 2021. Fasa ini penekanan terhadap kesediaan pentadbir, guru, ibu bapa/penjaga, murid dan persekitaran fizikal sebelum sesi persekolahan bermula.

Fasa 2: Penyesuaian

Fasa penyesuaian bermula pada 20 Januari hingga 29 Januari 2021 menggunakan Modul Orientasi. Fasa ini bertujuan untuk membolehkan murid menyesuaikan diri dengan situasi dan persekitaran sekolah serta membina hubungan baik dengan rakan dan guru.

Fasa 3: Kesediaan

Fasa kesediaan bermula pada 1 Februari hingga 25 Mac 2021 menggunakan Modul PdP. Fasa ini bertujuan menyediakan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk pembelajaran seterusnya.

Bagi kegunaan tahun 2021 pula, boleh rujuk di sini untuk minggu transisi 2021

Kertas Kerja Minggu Transisi Tahun 1 2021

Jadual Mengikut Hari dan Minggu Program Transisi Tahun 1 2021

Modul Transisi Murid Tahun 1

Modul latihan transisi tahun 1 2021

Berikut pula adalah jadual dan contoh modul program transisi seperti contoh cadangan aktiviti yang boleh dilaksanakan.

Jadual Transisi Tahun 1

Modul Program Transisi Tahun 1

Selamat bertransisi cikgu.

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram.Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru  dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan 

[ Sebarang sumbangan bahan pendidikan, masalah, aduan, keperluan dan perkara berkaitan laman web (website) boleh hubungi kami di emel helpdesk@sumberpendidikan.com  / sumberpendidikanguru@gmail.com]

Add Comment