TAWARAN PENAJAAN JPA BAGI PELAJAR LEPASAN SPM TAHUN 2020 KINI DIBUKA
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ingin mempelawa pelajar lepas Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2020 yang berminat dan memenuhi syarat untuk memohon penajaan Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) tahun 2021. Permohonan adalah secara atas talian yang akan dibuka bermula 10 Jun 2021 (jam 5.00 petang) sehingga 23 Jun 2021 (jam 5.00 petang). Sebelum mengisi permohonan, calon perlu membaca dan memahami syarat permohonan seperti pada pautan.
PENGENALAN
Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2020 bagi kali pertama untuk mendapatkan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam bentu Pinjaman Boleh Ubah (PBU) di bawah Program Khas Jepun, Korea, Perancis, dan Jerman (JKPJ) Tahun 2021.
Program penajaan ini dibuka kepada semua pelajar lepasan SPM tahun 2020 yang berminat dalam bidang kejuruteraan, sains dan teknologi (S&T) dan sains sosial di negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman. Pelajar akan ditaja untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma atau Ijazah Pertama di negara-negara berkenaan.
Untuk maklumt lanjut boleh terus Laman Web Jabatan Perkhidmatan Awam
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
Calon-calon yang berminat mestilah memenuhi syarat-syarat umu dan khusus. Permohonan seperti berikut:
Syarat Umum
i. Warganegara Malaysia
ii. Mempunyai kesihatan yang baik;
iii. Ibu dan/atau bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA;
iv. Tidak menerima bantuan kewangan/ tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama;
v. Menduduki peperiksaan SPM 2020 buat pertama kali; dan
vi. Umur belum mencapai 19 tahun (20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.
Syarat Khusus
Bagi syarat khusus, anda boleh terus kepada pautan di bawah;
Sekiranya mempunyai pertanyaan, anda dipelawa menyertai sesi soal jawab secara langsung berkenaan permohonan Program Khas JKPJ tahun 2021 yang akan diadakan sepanjang tempoh permohonan:
Tarikh : 11 sehingga 23 Jun 2021 (kecuali Sabtu, Ahad & cuti umum)
Masa : 10.00 – 11.00 pagi (sesi pertama) dan 2.30 – 3.30 petang (sesi kedua)
Pautan googlet meet: https://meet.google.com/ini-xvrs-mex
Sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh emelkan ke lepasanspm2021@jpa.gov.my (emel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja iaitu mulai 10 sehingga 23 Jun 2021).
Jika anda berminat untuk membaca FAQ mengenai Program Khas JKPJ Tahun 2021. Anda boleh klik pada pautan di bawah: