APA YANG ANDA PERLU TAHU SEBELUM DAN SELEPAS VAKSIN COVID19
Tahniah kerana anda bersama – sama dengan kerajaan untuk membendung penularan Wabak Covid19 di Malaysia melalui penyertaan dalam Program Imunisasi Covid19 Kebangsaan (PICK). Kerajaan mensasarkan menjelang 2022, 80% daripada rakyat Malaysia yang telah berumur 18 tahun tahun dan ke atas telah menerima vaksin Covid19 bagi mencapai imuniti berkelompok. Kita berharap, apabila Malaysia berjaya mencapai imuniti kelompok ini, kita boleh menjalani kehidupan seperti biasa yang telah hampir 2 tahun kita tinggalkan.
Tahniah kerana anda bersama – sama dengan kerajaan untuk membendung penularan Wabak Covid19 di Malaysia melalui penyertaan dalam Program Imunisasi Covid19 Kebangsaan (PICK). Kerajaan mensasarkan menjelang 2022, 80% daripada rakyat Malaysia yang telah berumur 18 tahun tahun dan ke atas telah menerima vaksin Covid19 bagi mencapai imuniti berkelompok. Kita berharap, apabila Malaysia berjaya mencapai imuniti kelompok ini, kita boleh menjalani kehidupan seperti biasa yang telah hampir 2 tahun kita tinggalkan.
Bagi yang telah mendaftar untuk program vaksin Covid19, saya senaraikan perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum dan selepas menerima suntikan vaksin.
- JIKA pernah positif Covid19, disarankan untuk vaksin selepas sekurang – kurangnya 1 – 6 bulan. Namun, hendaklah mendapatkan pandangan pegawai perubatan di Pusat Vaksin kerana keadaan tubuh setiap individu adalah berbeza.
- Pesakit darah tinggi, diabetes dan masalah kesihatan lain boleh divaksin namun tertakluk pandangan doktor yang merawat atau doktor di Pusat Pemberian Vaksin
- Individu yang mempunyai alahan tertentu masih boleh menerima suntikan vaksin covid19. Namun, sebelum suntikan vaksin diambil, situasi alahan hendaklah dimaklumkan kepada pegawai perubatan di Pusat Vaksin untuk pertimbangan.
- Pengambilan ubat seperti Panadol selepas menerima suntikan Vaksin covid19 hanya perlu jika ada simptom seperti pening kepala atau demam sahaja. Walaubagaimanapun, hendaklah berterus – terang dengan pegawai perubatan/petugas di pusat vaksin berhubung keadaan fizikal sebelum dan selepas menerima suntikan vaksin.
- Sebarang aktiviti fizikal boleh dilakukan jika tiada apa – apa kesan sampingan terhadap tubuh badan selepas suntikan vaksin covid19.
- Tiada sebarang pantang makan selepas suntikan vaksin ini, namun sebaik – baiknya cuba makanan yang berkhasiat supaya tubuh dalam keadaan optimum ketika dalam proses bertindak balas dengan vaksin covid19.
- Tiada sebarang masalah jika ingin mengambil vitamin atau suplemen yang biasa diambil sebelum atau selepas vaksin covid19. Apapun, boleh bertanya pandangan pegawai perubatan di pusat vaksin terlebih dahulu.
- Pastikan tiada simptom atau gejala Covid19 kerana vaksin tidak berkesan kepada individu yang positif. Jadi, penerimaan vaksin semasa positif adalah membazir meskipun tidak membahayakan.
- Hubungan seks boleh dilakukan selepas menerima vaksin.
- Vaksin covid19 akan mula memberi kesan terhadap sistem imunisasi tubuh selepas 2 minggu suntikan kedua, jadi adalah disaran untuk terus mengamalkan SOP Pencegahan Covid19 seperti biasa meskipun telah menerima suntikan Vaksin Covid19.
- Vaksin membantu meningkatkan sistem pertahanan badan bagi menentang Virus Covid19. Bergantung kepada daya imun tubuh individu, penerimaan vaksin sama ada menjadikan seseorang “kebal” terhadap virus covid19 ataupun sekurang – kurangnya kesan virus covid19 ini boleh diminimumkan. Apapun, vaksin ini merupakan langkah terbaik dalam menangani penularan virus Covid19.
- Anda boleh mendapatkan suntikan vaksin tanpa ragu – ragu kerana status halal Vaksin Covid19 yang digunakan di Malaysia disahkan oleh Majlis Agama Islam Malaysia.
imej bharinonline