Koleksi Ujian Bulan Mei Sekolah Rendah dan Menengah

Koleksi Ujian Bulan Mei Sekolah Rendah dan Menengah

Bulan Mei boleh dikatakan merupakan bulan peperiksaan kerana hampir semua sekolah rendah dan menengah di Malaysia sama ada sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan mahupun swasta pastinya akan mentadbir satu peperiksaan sebelum bermulanya cuti pertengahan tahun.

Peperiksaan secara umumnya dapat ditakrifkan sabagai satu cara untuk mengukur keupayaan dan kemampuan seseorang terhadap sesuatu yang dipelajari atau kemahiran yang diikuti.Peperiksaan juga dikira sebagai kayu ukur bagi menentukan keupayaan serta kemampuan seseorang di dalam sistem pemarkahan sama ada cemerlang, baik, sederhana atau gagal.

Peperiksaan dapat menggalakkan pelajar mengambil berat terhadap apa yang dipelajarinya serta mengenal pasti kelemahan dan kekuatan diri dalam sesuatu mata pelajaran. Peperiksaan mampu mempertingkatkan diri seseorang daripada malas kepada rajin, gagal kepada jaya, sederhana kepada baik dan baik kepada cemerlang.

Ada sekolah yang melaksanakan 2 sahaja peperiksaan iaitu ketika pertengahan tahun dan akhir tahun dan ada juga pihak sekolah mengadakan 4 kali peperiksaan iaitu bulan mac, pertengahan tahun (mei), september dan akhir tahun (november). Semua ini bergantung kepada pentadbiran sekolah.

Perkongsian kali melibatkan ujian peperiksaan sebanyak 4 kali setahun iaitu bulan mac, mei, september dan november. Soalan disediakan hanyalah contoh untuk sekolah kebangsaan.

Berikut merupakan koleksi ujian bulan mei sekolah rendah dari tahun 1 hingga tahun 6.

Koleksi Ujian Pertengahan Tahun Sekolah Rendah Tahun 1 hingga Tahun 6

Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan kurikulum baharu yang diperkenalkan pada waktu ketika KSSR diperkenalkan di sekolah rendah. Ketika ini, pendidikan rendah dan menengah di Malaysia sedang mengalami transformasi yang pelbagai sejajar dengan perkembangan zaman.

Pada peringkat menengah atas, penekanan diberikan kepada perkembangan bakat dan minat, perkembangan sahsiah, sikap dan nilai, pengkhususan, kerjaya dan pendidikan tinggi. Mengikut Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 di bawah Akta Pendidikan 1996, mata pelajaran peringkat menengah dika­tegorikan kepada teras, wajib, tambahan dan elektif

Di peringkat sekolah menengah juga, peperiksaan turut diadakan sepanjang tahun bagi menilai pencapaian murid. Peperiksaan SPM soalannya kebanyakan digubal daripada Majlis Pengetua ataupun guru guru pakar yang terdapat dalam daerah atau negeri. Sebagai contoh, sekolah berasrama penuh mempunyai penggubal sendiri, mrsm pon begitu dan sekolah agama negeri pon mempunyai penggubal sendiri.

Bagi tingkatan 1, 2 dan 4, ada soalan digubal sendiri oleh guru sekolah dan ada juga soalan digubal oleh panel penggubal yang telah dilantik di daerah atau negeri masing masing.

Berikut merupakan koleksi ujian pertengahan tahun sekolah menengah dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6.

Koleksi Ujian Pertengahan Tahun Sekolah Menengah Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5

Soalan soalan ujian ini diperolehi daripada pelbagai sumber dan dikumpulkan mengikut tahap persekolahan sama ada sekolah rendah atau menengah dan kemudiannya dikumpulkan mengikut tahun dan tingkatan.

Diharap melalui perkongsian ini dapat memberikan kebaikan dan memudahkan kerja rakan guru. Soalan soalan ini juga pastinya akan dikongsikan dari semasa ke semasa.

Apa apa soalan yang masih belum lengkap in sha Allah akan cuba dilengkapkan sebelum bermulanya ujian bulan mei atau ujian pertengahan tahun sewaktu bulan Mei nanti.

 

Add Comment