Bahan bahan UPSR – Soalan Percubaan UPSR, Modul, Nota dan Pelbagai lagi

Bahan bahan UPSR – Soalan Percubaan UPSR, Modul, Nota dan Pelbagai lagi

UPSR akan menjelang tidak lama lagi. Bagi yang sudah bersedia, mungkin merasakan persediaan masih belum lengkap manakala yang masih belum bersedia, pastinya makin kuat usaha yang sedang dilakukan. Bukan sahaja murid sahaja yang berdebar dan gemuruh menantikan ketibaan peperiksaan ini, malah ke semua ibu bapa dan guru turut berdebar menantikan pencapaian dan persediaan anak anak dan murid.

Mahupun UPSR merupakan salah satu komponen di dalam PPSR, namun ia juga tetap merupakan perkara dan elemen yang penting dalam menentukan pencapaian dan kemahiran anak anak sama ada akademik dan kokurikulum serta sahsiah.

Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) yang akan diumumkan Khamis ini (23 November) akan mengandungi empat komponen termasuk keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2017.

Berbeza daripada tahun sebelum 2017 yang mana hanya keputusan UPSR yang menjadi tumpuan, PPSR akan turut melibatkan tiga komponen penting lain iaitu pentaksiran bilik darjah; pentaksiran aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulum serta pentaksiran psikometrik.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin berkata, apabila ibu bapa ke sekolah untuk mengambil keputusan anak, mereka akan mendapat keputusan bagi empat komponen berkenaan dan bukan hanya bilangan A diperolehi dalam UPSR.

“Ia umpama hari kad laporan, mereka akan dapat empat keputusan dan melihat kecenderungan serta prestasi anak-anak mereka,” katanya dalam taklimat media mengenai PPSR, di sini hari ini.

Beliau berkata, memandangkan PPSR itu tidak hanya tertumpu kepada keputusan akademik UPSR sebagai pengukur kecemerlangan, tidak ada lagi kedudukan dan perbandingan dibuat di peringkat sekolah dan negeri selepas ini.

Ditanya apakah kriteria untuk memilih pelajar terbaik sekolah dengan pelaksanaan PPSR itu memandangkan pencapaian akademik bukan lagi kriteria utama, Amin berkata : “Mungkin tidak ada. Ini selaras dengan nasihat menteri (Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid), semua pelajar mesti diraikan.”

Amin berkata, sudah tiba masanya, kecemerlangan murid tidak lagi hanya berdasarkan keputusan peperiksaan tetapi melihat pencapaian mereka secara holistik sebagai seorang insan.

“Kita akan tumpukan kepada kemenjadian murid. Kita kena kembalikan sistem pendidikan kita supaya menjadi pembelajaran yang menyeronokkan,”katanya.

Beliau berkata, apabila tiada perbandingan dilakukan melalui Gred Purata Sekolah (GPS) yang kebiasaanya menjadi kayu pengukur kecemerlangan guru dan sekolah, ia juga akan mengurangkan tekanan golongan pendidik.

Mengenai kemasukan pelajar ke sekolah berasrama penuh (SBP) berikutan pelaksanaan PPSR itu, Amin berkata keputusan akademik bukan syarat utama tetapi turut melibatkan kriteria lain selain perlu menduduki peperiksaan khas.

Berdasarkan keadaan ini, para guru dan anak anak juga tidak boleh memandang ringan berkenaan dengan UPSR ini walaupun ia sudah dimasukkan ke dalam PPSR.

Bagi membantu ibubapa, guru dan murid dalam melengkapkan diri untuk persediaan dalam menghadapi UPSR ini, dikongsikan beberapa bahan bahan UPSR yang dapat membantu meningkatkan pencapaian dan penguasaan murid dalam mata pelajaran UPSR.

Antara bahan tersebut adalah soalan percubaan UPSR daripada tahun tahun yang lepas yang datang dari JPN dan negeri yang berbeza. Berikut merupakan soalan percubaan UPSR dari tahun tahun lepas.

Soalan Percubaan UPSR Tahun Tahun Terdahulu

Selain soalan percubaan UPSR, antara bahan yang boleh digunakan adalah seperti nota dan modul yang berkaitan dengan mata pelajaran UPSR.

Nota, Modul dan Bahan Bahan Persediaan UPSR

Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah atau akronimnya PPSR ialah suatu pelaporan pentaksiran baharu rentetan daripada Pentaksiran Berasaskan Sekolah Rendah (PBS) yang akan digunakan mulai Tahun 2018. PPSR ini dilaksanakan untuk mentaksir pencapaian semua murid SECARA HOLISTIK pada peringkat pendidikan rendah (sekolah rendah) menggantikan istilah pentaksiran Tahun 6 yang sedia ada – Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)

Untuk pengetahuan bersama, mulai Tahun 2018, UPSR masih dilaksanakan seperti biasa dan tidak dimansuhkan, sebaliknya ia menjadi komponen bagi Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) bersama 3 komponen pentaksiran yang lain

 

Add Comment