SOALAN-SOALAN MATEMATIK SPM TINGKATAN 4 (FORMAT MULAI 2021)

SOALAN-SOALAN MATEMATIK SPM TINGKATAN 4 (FORMAT MULAI 2021)

SOALAN-SOALAN MATEMATIK SPM TINGKATAN 4 (FORMAT MULAI 2021)

SOALAN-SOALAN MATEMATIK SPM TINGKATAN 4 (FORMAT MULAI 2021)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Semoga semua pembaca dan pelawat page ini selalu diberikan kesihatan. Pertama kali, terima kasih diucapkan kepada semua pembaca yang sudi singgah dan terus membaca bagi pos yang seterusnya. Kalian memang terbaik!

 

Seperti yang sedia maklum, pos sebelum ini admin kongsikan niat admin untuk berkongsi soalan-soalan matematik SPM beserta jawapan yang berteraskan format terkini yang mula digantikan pada Tahun 2021. Bukan itu sahaja, silibus pun telah ditambah baik dan sejajar dengan perubahan arus Pendidikan.

 

Selain itu, admin ada juga kongsikan bagaimana format terkini yang telah mengalami perubahan dan penambahbaikan. Sebagai contoh, tempoh masa menjawab bagi Kertas 1 telah ditambah dari 1 Jam 15 Minit kepada 1 Jam 30 Minit. Tambahan lagi, Untuk keterangan lanjut berkenaan format terkini boleh rujuk kepada pos admin yang sebelum ini.

 

Oleh itu, pada pos kali ini admin akan senaraikan tajuk-tajuk bagi subjek Matematik KSSM Tingkatan 4. Setiap tajuk yang admin pecahkan ini akan membantu pelajar memilih tajuk yang ingin dikuasai berdasarkan tahap penguasaan pelajar terhadap tajuk-tajuk berkenaan.

 

SILIBUS SUBJEK MATEMATIK KSSM TINGKATAN 4

  1. Fungsi dan Persamaan Kuadratik dalam Satu Pemboleh Ubah
  2. Asas Nombor
  3. Penaakulan Logik
  4. Operasi Set
  5. Rangkaian dalam Teori Graf
  6. Ketaksamaan Linear dalam Dua Pemboleh Ubah
  7. Graf Gerakan
  8. Sukatan Serakan Data Tak Terkumpul
  9. Kebarangkalian Peristiwa Bergabung
  10. Matematik Pengguna: Pengurusan Kewangan

 

Semoga perkongsian admin ini sedikit sebanyak dapat membantu dan mempersiapkan pelajar khususnya pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam iaitu Sijil Pelajaran Malaysia. Salah satu kunci untuk berjaya bagi subjek matematik adalah dengan memperbanyakkan Latihan.  Walaubagaimanapun, ianya terletak juga kepada doa, usaha, ikhtiar dan tawakkal pelajar masing-masing. Sekiranya terdapat pelajar atau pembaca mempunyai pertanyaan atau ingin memohon bantuan, boleh hubungi admin di emel travula2021@gmail.com.  Pastikan kenalkan diri terlebih dahulu dan nyatakan permasalahan tersebut. Insya’ALLAH admin bantu yang semampunya.

 

Subscribe channel Telegram kami untuk terus mendapatkan pelbagai berita dan perkongsian yang menarik.
»»»»»»»»Travula«««««««««

Like juga page facebook kami:

»»»»»»»»Travel Trending Tular Terkini«««««««««

Add Comment