Cagu/Cengkam: Apakah punca-puncanya?
Cagu atau juga lebih dikenali dengan Cengkam adalah apabila kuku yang tumbuh ke sisi dan menekan isi yakni tisu di tepi. Ini menyebabkan isi jari itu menjadi sakit dan luka. Tapi tahukah anda apakah punca-punca terjadinya Cagu atau Cengkam ini?
Punca-Punca Cagu/Cengkam
- Kasut yang terlalu ketat dan tirus. Boleh rujuk pada gambar di bawah ini di mana di bahagian depan kasut kita kelihatan semakin mengecil sedangkan kaki kita tidak seperti itu.
- Kecederaan berulang kali pada jari kaki.
- Jangkitan kulat pada kuku.
- Jangkitan kuman pada isi di sisi kuku
- Potong kuku terlalu pendek dan membulat di hujung. Selalunya jari kaki kukunya tidak perlu dipotong membulat seperti jari tangan. Seeloknya potong di hadapan sahaja.
Rawatan Cagu/Cengkam
- Rendam dan cuci kuku dengan air suam.
- Penyendal(Splint) boleh diletakkan di bawah kuku yang mengalami Cagu. Gauze boleh digunakan sebagai penyendal. Penyendal ini berfungsi untuk memberi masa pada kuku kaki untuk tumbuh melepasi tisu keradangan tersebut. Boleh rujuk gambar di bawah ini.
- Ubat tahan sakit dan anti-keradangan.
- Antibiotik sapuan atau tablet akan diberi untuk membunuh kuman dibahagian Cagu itu.
- Antifungal jenis sapuan(topikal) akan diberi untuk merawat jangkitan kulat. Gambar di bawah menunjukkan kuku berubah bentuk akibat jangkitan kulat.
- Jika kesemua rawatan di atas tidak berhasil, pembedahan akan dilakukan. Keseluruhan kuku atau sebahagian kuku yang terlibat akan dibuang. Kebiasaannya doktor akan membuang kesemuanya sekali untuk memberikan kuku baru.
Pencegahan Cagu/Cengkam
- Memotong kuku dengan betul. Jika tersilap potong dan kuku di bahagian tepi tu agak tajam dan berkemungkinan boleh mencederakan isi(tisu), seeloknya biarkan kuku itu tumbuh sendiri dan kurangkan tekanan di bahagian tersebut yang membolehkan kuku itu menekannya. Boleh rujuk gambar di bawah.
- Memilih kasut yang tidak ketat dan bahagian jari kaki luas untuk pergerakan.
- Menjaga kebersihan kaki. Elakkan memakai stokin yang tidak dibasuh berulang kali.
Semoga apa yang dikongsikan memberi manfaat untuk semua. Untuk info lagi lanjut tentang Cagu/Cengkam ini boleh klik pada sumber di bawah.
Sumber: Dr. Kamarul Ariffin.
Jangan lupa like facebook page kami untuk pelbagai perkongsian lagi
——————–> Travel Trending Tular Terkini <——————–