Koleksi Ujian Mac Bahasa Inggeris Tahun 1 hingga 6

Koleksi Ujian Mac Bahasa Inggeris Tahun 1 hingga 6

Di peringkat sekolah rendah, kebiasaanya murid akan menduduki lebih kurang 4 kali peperiksaan peringkat sekolah iaitu peperiksaan pada bulan Mac, Mei, Ogos dan November. Peperiksaan berkala yang dilaksanakan selama 4 kali setahun bertujuan untuk menguji murid tahap pengusaan mereka sepanjang tahun.

Tujuan penilaian adalah untuk mengetahui sejauh mana konsep-konsep yangdisampaikan itu difahami oleh pelajar. Setelah diumumkan gred atau markah yangdiperoleh, tahap pencapaian pelajar dalam satu-satu bidang pelajaran akan diketahui. Selain guru, ibu bapa juga akan tahu aras pencapaian anak-anak mereka dalam mata pelajaran yang berkenaan.

Ujian juga digunakan untuk menilai pembelajaran pelajar. Setelah satu-satu unit pelajaran selesai diajar, guru boleh menjalankan satu ujian ringkas untuk menilai sama ada objektif pelajaran tercapai atau tidak. Sekiranya tercapai, maka pembelajaran boleh dikatakan telah berlaku.

 Kepentingan penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah ketara dan sangat penting. Para pelajar sering mengalami trauma bila berhadapan dengan ujian. Apatah tidaknya, kejayaan mahupun kegagalan mereka bertitik -tolak daripada ujian yang menilai mereka sebagai orang yang pandai atau lemah. Begitu juga guru, mereka selalunya resah apabila menerima keputusan ujian pelajarnya.

Kejayaan dan kegagalan mereka mengajar terletak pada keputusan pencapaian pelajarnya. Tinggi peratus yang lulus bermakna berjayalah seseorang guru itu mengajar pelajarnya. Sebaliknya, rendah peratus lulus, seseorang guru itu perlu bertindak membaiki cara pengajarannya. Oleh itu, dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kepentingan penilaian adalah seperti

Untuk mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada pelajar-pelajar dalam perkara-perkara yang hendak diajar. Ujian seperti ini biasanya disebut sebagai praujian atau ‘pretest’.

Daripada ujian inilah guru-guru biasanya dapat merancang dan merencanakan pengajaran yang seterusnya. Hasil ujian tersebut dapat memberikan gambaran kepada guru-guru tentang keupayaan pelajar mereka yang sebenar sebelum mereka memulakan pengajaran.

Untuk menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar mereka telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan. Dengan lain perkataan guru-guru itu dapat melihat sejauh manakah pengajarannya itu berhasil.

Biasanya, ujian-ujian seperti ini disediakan oleh guru sendiri untuk menguji aspek-aspek pengetahuan dan kemahiran tertentu.

Perkongsian kali ini melibatkan ujian mac bagi bahasa inggeris dari tahun 1 hingga tahun 6 termasuk KSSR semakan 2017 bagi tahun 1 dan tahun 2.

Berikut merupakan kertas soalan ujian mac bahasa inggeris mengikut tahun.

English Year 1

English Year 2

English Year 3

English Year 4

English Year 5

English Year 6 Paper 1

English Year 6 Paper 2

Di atas merupakan kertas ujian bahasa inggeris bagi sekolah rendah dari tahun 1 hingga tahun 6 untuk kegunaan ujian 1 atau ujian bulan mac.

Boleh share kepada rakan guru di sekolah. Semoga boleh dijadikan panduan kepada rakan guru dan memudahkan urusan guru.

Add Comment