Mitos Scaling Yang Selalu Orang Silap
Scaling gigi atau lebih dikenali dengan cuci gigi di kalangan rakyat Malaysia adalah satu rawatan yang dilakukan untuk membuang karang, stain, bakteria dan plak gigi. Secara teorinya, selepas 24 jam, beberapa plak mengeras ke dalam kalkulus, atau lebih dikenali dengan nama tartar. Oleh itu, bakteria dalam plak dan tartar menyebabkan berlakunya keradangan yang dipanggil gingivitis yang mana memberus secara biasa tidak mampu membuangnya. Maka scaling gigi atau cuci gigi menjadi pilihan untuk menyelesaikan masalah ini. Walaubagaimanapun, masih ramai yang takut untuk scaling gigi kerana percaya dengan mitos-mitos yang dibawa mulut ke mulut. Jadi hari ini admin akan hapuskan mitos-mitos scaling gigi. Ayuh!
1. Scaling gigi menyebabkan gigi menjadi jarang
Scaling TIDAK menjadikan gigi kita jarang. Sebaliknya ruang yang tinggal adalah disebabkan kita telah menyingkirkan karang gigi. Ruang ini akan tertutup setelah gusi sembuh dan dijaga dengan baik.
2. Scaling menjadikan gigi nipis
Scaling berfungsi secara getaran, bukan menghakis. Mata scaling digunakan ke atas karang gigi bukan pada gigi anda. Jadi scaling TIDAK menghakis permukaan gigi dan menjadikan gigi nipis.
3. Scaling menjadikan gigi sensitif
Apabila seseorang mempunyai karang gigi yang sangat banyak, gusi akan menjadi susut seterusnya menyebabkan permukaan akar gigi akan TERDEDAH dan gigi menjadi sensitif. Oleh itu, scaling akan menyingkirkan karang gigi tersebut dan gusi dan dipulihkan.
4. Scaling menyebabkan gigi bergoyang
Karang gigi yang menebal pada gusi telah menyebabkan gigi KURANG sokongan daripada gusi. Oleh itu, gusi semakin menyusut sekiranya tidak scaling dan menyebabkan gigi mulai bergoyang.
5. Scaling untuk putihkan gigi
Ada sesetengah yang menganggap scaling dapat gigi. Namun, sebenarnya untuk memutihkan gigi, rawatan whitening yang diperlukan. Scaling hanya untuk menghilangkan stain dan bukan untuk memutihkan gigi. Walaubagaimanapun, stain bukanlah tujuan utama scaling.
6. Sudah berus gigi 2 kali sehari, tidak perlu scaling lagi
Ini yang selalu menjadi ‘mind set’ kebanyakan orang. Mungkin disebabkan malas untuk mengaturkan temu janji dengan doktor gigi ataupun takut dengan doktor gigi tersebut. Scaling sangat diperlukan walaupun telah memberus gigi 2 kali sehari. Ini kerana akan ada permukaan yang terlepas ketika memberus.
Admin rasa sudah cukup mitos-mitos yang telah dibidaskan. Kalau ada lagi admin tambah untuk pos akan datang. Oh ya, sebelum nak scaling, doktor akan memeriksa dan menilai dahulu samada memerlukan scaling atau tidak. Periksalah gigi anda setiap 6 bulan yer.
Jangan lupa like facebook page kami untuk pelbagai perkongsian lagi
——————–> Travel Trending Tular Terkini <——————–