Vaksin Covid19 Untuk Calon SPM dan STPM Bermula Akhir Bulan Julai 2021

Vaksin Covid19 Untuk Calon SPM dan STPM Bermula Akhir Bulan Julai 2021

KUANTAN 18 JUN 2021: Pemberian Vaksin Covid19 kepada semua Calon Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) akan dilaksanakan bermula akhir Bulan Julai 2021. Begitulah pengumuman yang dibuat oleh Yang Berhormat Tuan Khairy Janaluddin Abu Bakar Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Pengumuman ini dibuat selepas beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Rembau, mempengerusikan Mesyuarat Bertindak Program Imunisasi COVID19 Kebangsaan (PICK). Mesyuarat yang diadakan di Wisma Sri Pahang hari ini merupakan mesyuarat PIK peringkat Negeri Pahang. Mesyuarat yang sama telah diadakan di Kelantan dan Terengganu kelmarin (17 Jun 2021). Turut sama hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Menteri Besar Pahang, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Menurut YB Khairy Jamaluddin lagi, vaksin Covid19 yang bakal diberikan adalah dari jenis Pfizer-BioNTech. Proses vaksinasi pula akan dilaksanakan di sekolah masing – masing. Sama seperti penerimaan vaksin sebelum ini, proses Vaksin Covid19 Pfizer-BioNTech ini akan melibatkan dua dos. Selepas penerimaan dos pertama, dos kedua akan diterima pelajar selepas tiga minggu.

Perkembangan ini merupakan satu  berita baik kepada negara dalam mencapai 80 peratus rakyat yang menerima suntikan Vaksin Covid19 menjelang 2022. Ini kerana, penerimaan vaksin sebelum ini hanya diluluskan bagi rakyat yang berumur 18 tahun ke atas sahaja.

Perancangan untuk proses Vaksin Covid19 kepada calon peperiksaan SPM dan STPM 2021 ini adalah berikutan kelulusan bagi penggunaan Vaksin Covid19 Pfizer-BioNTech terhadap kanak – kanak yang berusia 12 tahun ke atas oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA). Oleh itu, Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID19 (CITF) bersetuju memberi keutamaan kepada calon peperiksaan untuk diberi suntikan vaksin ini.

Bagi suntikan vaksin untuk pengamal media pula, YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi memaklumkan bahawa proses tersebut akan diuruskan oleh Jabatan Penerangan Malaysia. Beliau juga menyatakan bahawa penyelarasan antara Jabatan Penerangan Malaysia dan Jabatan Kesihatan Negeri telah dilaksanakan untuk tujuan proses vaksin dan bagi pengamal media yang belum divaksin, individu terlibat akan menerimanya dalam masa terdekat.

sumber bharian online

Lihat juga :

Covid19; Apa perlu dibuat sebelum dan sesudah Vaksin

Add Comment