IKLAN KERJA KOSONG KWSP (KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA)

IKLAN KERJA KOSONG KWSP (KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA)

Kerja kosong KWSP melibatkan tiga jawatan peirngkat pengurusan dan eksekutif. Sedikit pengenalan berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau lebih terkenal sebagai KWSP merupakan antara entiti tertua di dunia yang bertanggungjawab dalam pengurusan dana simpanan pekerja bawah Akta 1991 (Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) . Contoh peranan penting KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membantu pekerja – pekerja yang tidak mempunyai pelan pencen bagi menabung dan menyimpan wang untuk persediaan kehidupan selepas bersara. Pendek kata, setiap pekerja yang tidak mempunyai pelan pencen bawah perkhidmatan kerajaan akan menabung bawah dana pekerja yang disediakan dan diuruskan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Memandangkan bilangan akaun dana pekerja bawah pengurusan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja semakin bertambah dari hari ke hari, KWSP sentiasa menambab baik kapasiti sumber manusianya. Kerja kosong KWSP ditawarkan bagi memenuhi keperluan tersebut.

Di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, budaya kerja berteraskan kemahuan dan sifat ingin tahu yang tinggi sentiasa dipupuk dalam kalangan warganya. Motivasi pekerja juga sentiasa pada tahap yang tinggi berikutan peluang pembangunan kerjaya yang menarik bagi memastikan setiap pekerja sentiasa memajukan diri secara peribadi dan profesional. Oleh itu, kerja kosong KWSP ini merupakan satu peluang keemasan untuk menyertai satu persekitaran dan budaya kerja yang kondusif.

Anggota KWSP datang dari pelbagai latar belakang dan mereka mempunyai minat dan daya pemikiran yang tinggi  dalam mengharungi setiap cabaran yang membolehkan  proses pembelajaran yang pantas. KWSP maklum bahawa setiap individu adalah unik, maka KWSP komited  dalam membangunkan budaya terangkum agar setiap anggota boleh menjadi yang terbaik dalam bidang yang diterajui mereka.

KWSP mengiktiraf peranan setiap anggotanya, samada dalam bentuk tenaga kerja kepada organisasi atau tanggungjawab peribadi. Dengan mewujudkan persekitaran yang memupuk keseimbangan pekerjaan dan kehidupan, KWSP dapat mengekalkan tenaga kerja yang sihat dan produktif.

Sebelum memohon kerja kosong KWSP ini, berikut disertakan deskripsi tugas bagi setiap jawatan yang ditawarkan.

Kerja Kosong KWSP 1 : Timbalan Pengurus Perhubungan Awam

Bertanggungjawab dalam mengawal selia, merancang, mengurus dan mengadakan aktiviti berkaitan media yang efektif. Penyediaan teks ucapan dan sidang media juga menjadi tanggungjawab timbalan pengurus perhubungan awam. Selain itu, bertanggungjawab menguruskan aduan berkaitan KWSP dan memastikan reputasi dan imej KWSP sentiasa dalam perspektif positif.

Kerja Kosong KWSP 2 : Eksekutif Pengurusan Data

Mengawal selia pengurusan data dari setiap aspek seperti perlindungan, polisi kehilangan data, kerahsiaan data dan penyimpanan data.

itu, bertanggungjawab menguruskan aduan berkaitan KWSP dan memastikan reputasi dan imej KWSP sentiasa dalam perspektif positif.

Kerja Kosong KWSP 3 : Pengurus/Penolong Pengurus Pengurusan IT

Bertanggungjawab dalam menguruskan hal ehwal berkaitan teknologi maklumat di KWSP termasuk pengurusan sumber manusia bagi kakitangan teknikal bahagian teknologi maklumat.

Untuk memohon kerja kosong KWSP ini, pautan di bawah adalah berkaitan.

PERMOHONAN KERJA DI KWSP

UNTUK MEMOHON KERJA DI 63 AGENSI SWASTA, KLIK SINI

imej kwsp dot com dot my

Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah

Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.

Add Comment