KERJA KOSONG LUAS : PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT DI LEMBAGA URUS AIR SELANGOR (LUAS)

KERJA KOSONG LUAS : PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT DI LEMBAGA URUS AIR SELANGOR (LUAS)

Iklan kerja kosong LUAS ini akan memaparkan deskripsi dan syarat jawatan yang ditawarkan iaitu Penolong Pegawai Teknologi Maklumat. Kerja kosong LUAS ini diutamakan kepada rakyat Selangor Darul Ehsan.

Maklumat Jawatan Kerja Kosong LUAS

1.Jawatan : Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
2.Taraf Jawatan : Pekerja Sambilan Harian (PSH)
3.Kadar Gaji Harian : RM72/hari

Syarat Lantikan Kerja Kosong LUAS

1.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
(c) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
(d) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau

(e) Sijil dalam bidang teknologi maklumat, prosesan data atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(f) Diploma dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(g) sihat tubuh badan.

Syarat Khas Kerja Kosong LUAS

1.Mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam pengaturcaraan dan pangkalan data sekurang-kurangnya menggunakan PHP dan MySQL

Kelayakan Bahasa Melayu

1.Calon hendaklah memiliki Kepujian (Minimum Gred C)
dalam subjek Bahasa Melayu dalam SPM/SPMV atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

Tempoh Perkhidmatan

1.Minimum tempoh perkhidmatan adalah tiga bulan. Walau bagaimanapun,  tempoh berkenaan boleh dilanjutkan sehingga maksimum tiga (3) bulan lagi.

Syarat Permohonan Kerja Kosong LUAS
1.Semua borang permohonan hendaklah diisi dengan Iengkap dan disertakan salinan dokumen yang berikut (keperluan pengesahan dokumen berkaitan tidak diperlukan):
(a) Salinan Kad Pengenalan.
(b) Salinan Surat Beranak.
(c) Salinan sijil PMR/SPM/SVM
*mana-mana yang berkaitan
(d) Salinan Sijil Berhenti Sekolah terakhir
(e) Salinan sijil-sijil kelayakan akademik dan salinan transkrip bagi sijil yang berkenaan.
(f) Gambar berukuran pasport.

2.Permohonan yang tidak lengkap atau lewat diterima tidak akan diproses.

3.Hanya calon yang ditapis-senarai akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ini ditutup dianggap tidak berjaya.

4.LUAS tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang perbelanjaan calon untuk proses temuduga berkaitan kerja kosong LUAS ini.

5.Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat, dan ditulis nama jawatan yang dipohon di sebelah atas kiri sampul surat
berkenaan dengan HURUF BESAR.

Alamat dan Tarikh Tutup Kerja Kosong LUAS

Pengarah,
Lembaga Urus Air Selangor,
Tingkat 13, Bangunan Darul Ehsan, No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
(U/P : Unit Pengurusan Sumber Manusia Dan Integriti)

sebelum atau pada

12.00 tengah hari, 28 Jun 2021 (Isnin)

Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat dan diletakkan di dalam kotak yang disediakan di kaunter

Borang Permohonan kerja kosong LUAS boleh diperolehi di pautan INI

PERMOHONAN KERJA KOSONG DI 63 AGENSI SWASTA, KLIK SINI

  imej LUAS dot gov

Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah

Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.

Add Comment