PENOLONG PEGAWAI ANTIDADAH GRED S29: MAKLUMAT JAWATAN

PENOLONG PEGAWAI ANTIDADAH GRED S29 :

MAKLUMAT JAWATAN

Penolong Pegawai Antidadah Gred S29 merupakan jawatan Kumpulan Pelaksana I yang bertanggungjawab melaksanakan semua program pemulihan di institusi dan komuniti, program pencegahan, menjalankan fungsi penguatkuasaan undang-undang berkaitan dengan dadah dan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari masa ke masa.

Penolong Pegawai Antidadah Gred S29 juga  bertanggungjawab membantu Pegawai Antidadah untuk menyelaraskan program pencegahan dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan dengan dadah, kaedah-kaedah pentadbiran pusat dan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Syarat Kelayakan Akademik Penolong Pegawai Antidadah Gred S29

  1. Memiliki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia. (Gaji permulaan pada Gred S29: RM1,493.00); atau
  2. Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
    (Gaji permulaan pada Gred S29: RM1,493.00); atau
  3. Memiliki diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred S29: RM1,770.95)
  4. Syarat lengkap Penolong Pegawai Antidadah Gred S29

Penolong Pegawai Antidadah merupakan pegawai bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang merupakan sebuah agensi bawah Kementerian Dalam Negeri. Agensi ini merupakan agensi utama dalam membanteras penyalahgunaan dadah dan substan di Malaysia yang terbahagi kepada empat komponen iaitu pendidikan pencegahan, penguatkuasaan & keselamatan, rawatan, perubatan & pemulihan serta hubungan antarabangsa.

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) ditubuhkan pada 1996 dengan gabungan Bahagian Rawatan & Pemulihan Dadah bawah Kementerian Dalam Negeri dan Pasukan Petugas Antidadah (PPAD) bawah Jabatan Perdana Menteri. AADK berfungsi dengan berpuncakuasakan akta – akta seperti Akta AADK 2004 (Akta 638), Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983 (Akta 283), Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234), Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 (Akta 316) dan Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakkan Harta) 1988 (Akta 340).

Sebagai seorang Penolong Pegawai Antidadah, adalah menjadi tanggungjawab kepada pemegang jawatan ini untuk membantu AADK mencapai objektif agensi iaitu mencegah seseorang dari terlibat dengan dadah, merawat dan memulih penagih dadah, mencegah penagihan semula serta membanteras bekalan, pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

Penolong Pegawai Antidadah hendaklah memahami bahawa (4) empat objektif ini penting dalam memastikan misi AADK sebagai agensi utama memerangi dadah tercapai demi visi AADK untuk memastikan masyarakat Malaysia bebas daripada dadah.

KEMBALI KE HALAMAN UTAMA 

imej AADK

 

Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah

Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.

Add Comment