JAWATAN KOSONG KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA

JAWATAN KOSONG KEMENTERIAN KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA

Jawatan kosong Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur sekurang – kurangnya 18 tahun.

Jawatan kosong Kementerian Komunikasi dan Multimedia ini menawarkan jawatan Pegawai Penerangan Gred S41 dan Penolong Pegawai Penerangan S29 dengan keperluan akademik berikut;

Keperluan akademik jawatan kosong Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pegawai Penerangan S41)

1. Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji Permulaan pada Gred S41: RM2,078.00); atau
2. Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S41: RM2,281.86); atau
3. Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa dengan kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S41: RM2,281.86); atau
4. Ijazah sarjana muda Sains Kemasyarakatan dengan kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S41: RM2,281.86)

5.Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

Keperluan akademik jawatan kosong Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Penolong Pegawai Penerangan S29)

1. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan Malayisa atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau
2. Sijil Tinggi Agama Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau
3. Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,770.95)
4. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional
Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia.

Maklumat terperinci berkaitan jawatan kosong Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia di SINI

Perhatian kepada Pemohon Jawatan Kosong Kementerian Komunikasi dan Multimedia
1. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang DCCOMM 1/2021 (percuma) yang boleh dimuat turun di pautan ini
2. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar berserta dengan:
i. Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
ii. Salinan Sijil-sijil Persekolahan;
iii. Salinan Kelulusan Akademik (sila lampirkan bersama surat pengesahan pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi sijil/diploma/ijazah daripada IPTS dan luar negara-(jika berkenaan);
iv. Transkrip keputusan peperiksaan semua semester (jika yang berkenaan);
v. Sekeping gambar ukuran passport (berwarna); dan
vi. Nama jawatan yang dimohon hendaklah dinyatakan dipenjuru atas kiri sampul surat permohonan.
3. Permohonan jawatan kosong kementerian komunikasi dan multimedia perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 15 April 2021 (Khamis).

*selain jawatan kosong Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, pemohon boleh layari jawatan di kementerian lain seperti di bawah:

Kerja kosong di Kementerian Dalam Negeri

imej KKMM

 

Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah

Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.

Add Comment