EURO 2020: RONALDO MENJARINGKAN 2 GOL BAGI MENGIKAT JUARA DUNIA PERANCIS
24 Jun 2021 – Kita telah menikmati separuh daripada perlawanan Euro 2020. Dalam perlawanan terakhir kumpulan maut, Cristiano Ronaldo telah menjaringkan 2 gol ketika menentang Perancis untuk mengesahkan slot Portugal dalam pusingan kalah mati. Keputusan 2-2 ketika menentang Perancis memastikan bekas juara eropah dalam Kumpulan F akan mara ke pusingan kedua Euro 2020.
Portugal tampil dengan permainan yang berbeza daripada perlawanan yang menyaksikan mereka tewas kepada Jerman menyenaraikan Renato Sanchez dalam kesebelasan utama. Impak pemain tengah berusia 23 tahun itu amat ketara apabila dalam perlawanan kali ini apabila pertahanan Portugal telah memberikan lebih banyak sokongan kepada barisan serangan Portugal berbanding ketika kalah kepada Jerman. Tiada lagi hantaran ke belakang oleh pemain tengah defensif yang membolehkan pasukan lawan menutup ruang di tengah yang menyukarkan serangan Portugal. Sebaliknya, Renato cukup yakin untuk memegang bola dan membuat hantaran ke hadapan dengan pantas kepada barisan hadapan Portugal yang diketuai Ronaldo. Portugal pasti boleh melangkau jauh dalam Euro 2020 jika Renato mampu mengekalkan prestasinya.
Kedua – dua gol Ronaldo dijaringkan menerusi sepakan penalti pada setiap babak untuk menjadikan pemain tersebut sebagai penjaring gol terbanyak di Euro 2020 setakat ini dengan lima gol. Kedua-dua penalti menerjah ke gawang sebelah kanan Hugo Lloris yang merebahkan diri ke arah bertentangan.
Gol tersebut juga menjadikan Ronaldo satu-satunya pemain yang menjaringkan lebih daripada 3 gol dengan 5 golnya pada peringkat kumpulan kejohanan Piala Eropah semenjak David Villa melakukannya untuk Sepanyol pada 2008 ketika membantu Sepanyol memenangi Euro 2008.
Gol itu juga menjadikan Ronaldo sebagai pencetak gol terbanyak sepanjang masa di peringkat antarabangsa dengan 109 gol bersama – sama Ali Daei dari Iran. Ronaldo dijangka dapat melepasi Pemain Iran tersebut ketika Portugal bertemu “The Red Devils” pada pusingan kedua Euro 2020.
Penyerang Perancis Karim Benzema juga berada pada prestasi terbaik selepas mensia – siakan peluang keemasan ketika bertemu Hungary apabila bekas rakan sepasukan Ronaldo di Real Madrid itu turut menjaringkan 2 gol untuk menempah perlawanan seterusnya menentang pasukan Switzerland yang mendapat tempat ketiga dari Kumpulan A.
Sementara itu di Munich, tuan rumah berjaya menyamakan kedudukan sebanyak dua kali untuk menempah perlawanan pusingan kedua menentang England di Wembley. Keputusan itu juga menjadi perlawanan terakhir bagi Hungary dalam Euro 2020 yang hanya memperoleh 2 mata hasil keputusan seri ketika menentang Perancis dan Jerman.
Perlawanan ketiga dalam kumpulan F merupakan perlawanan terakhir bagi peringkat kumpulan Euro 2020. Pusingan 16 Euro 2020 akan bermula pada 29 Jun ini, selepas berehat selama 2 hari. Hanya 16 pasukan yang akan terlibat dalam pusingan kedua kejohanan Euro 2020 ini sementara 8 pasukan yang lain akan berkemas pulang.
Ronaldo mana yang terbaik? Pandangan Kaka
Gol menakjubkan Ronaldo ketika menentang Jerman
Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah
- Mencari bahan sekolah rendah PT3 SPM STPM dan info berkaitan pendidikan? Layari sumberpendidikan.com
- Berminat belajar trading saham percuma? pendapatan 3-5 angka sebulan? Layari entrybiru.com
- Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
- Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan Telegram – https://t.me/ilmusahamkriptofree.
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.