BAYI PEREMPUAN SETAHUN MATI KENA TETAK
4 Julai 2021 – Bayi perempuan mati ditetak dalam satu kejadian di Kuala Selangor. Bayi perempuan yang berumur hanya satu tahun ini dipercayai dilibas dengan sebilah parang panjang oleh ahli keluarga mangsa sendiri.
Tragedi yang sangat menyayat hati ini dipercayai berlaku apabila bayi perempuan tersebut ditetak bapa saudaranya sendiri dalam satu pergaduhan yang berlaku dalam kalangan ahli keluarga mangsa.
Seorang penduduk dari kawasan sekitar lokasi kejadian yang tidak ingin dikenali memaklumkan bahawa kejadian yang mendukacitakan tersebut berlaku lebih kurang pada jam 12 tengah hari di sebuah rumah yang terletak di dalam kawasan Kampung Parit Mahang, Jeram, Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan.
Menurut beliau lagi, telah berlaku satu perang mulut antara penghuni kediaman itu yang didakwa turut melibatkan adik beradik yang lain.
“Namun begitu, perang mulut yang berlaku telah berjaya diredakan oleh salah seorang ahli keluarga yang pergi ke rumah berkenaan sebaik sahaja menerima satu panggilan telefon berhubung perbalahan tersebut.
“Suspek kejadian yang dianggarkan berumur dalam lingkuan 20-an dikatakan telah keluar dari rumah berkenaan sebelum dilihat memasuki sebuah lagi rumah lain yang berhampiran. Rumah kedua yang dimasukinya dipercayai merupakan rumah yang dihuni oleh adik iparnya bersama keluarga.
“Dia kemudian menggunakan senjata berupa parang panjang untuk menyerang adik iparnya itu. Sebaliknya yang berlaku apabila parang panjang yang dilibas ke arah adik iparnya itu telah mengenai kepala bayi perempuan malang yang berusia setahun tersebut,” tambah beliau lagi.
Apabila libasan pertama parang panjang tersebut gagal mengenai adik ipar beliau,suspek sekali lagi cuba menetak adik iparnya itu namun menggunakan parang panjang yang sama tetapi kali ini percubaannya berjaya dihalang oleh ahli keluarga yang lain.
Ahli keluarga mangsa kemudiannya segera membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut. Hasil laporan yang dibuat, phak polis telah bertindak pantas untuk menahan suspek bagi membendung kejadian tersebut daripada melarat. Walaubagaimanapun, suspek tidak dapat dipastikan sama ada terlibat dalam penggunaan dadah dan punca sebenar perbalahan tersebut.
Superintendan Ramli Kasa yang merupakan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor telah mengesahkan kejadian itu. Beliau juga memaklumkan bahawa pihak polis masih lagi menjalankan siasatan lanjut berhubung kes tersebut. Kes tersebut akan disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, tambah beliau lagi.
Semoga ahli keluarga tabah atas tragedi yang menyayat hati ini dan individu bertanggungjawab akan diadili dengan sewajarnya.
Pelbagai berita terkini di Harian Metro
BANTUAN TERKINI PKP : PENAMBAHBAIKAN YANG DIUMUMKAN PM PADA 28 JUN 2021
Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah
- Mencari bahan sekolah rendah PT3 SPM STPM dan info berkaitan pendidikan? Layari sumberpendidikan.com
- Berminat belajar trading saham percuma? pendapatan 3-5 angka sebulan? Layari entrybiru.com
- Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
- Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan Telegram – https://t.me/ilmusahamkriptofree.
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.