SUNNAH NABI MUHAMMAD SAW : MARI KITA AMALKAN INSYA-ALLAH
Sunnah Nabi Muhammad SAW merupakan salah satu amalan yang boleh kita pegang dalam menjadi seorang muslim yang baik. Bersama – sama ini, dikongsikan sunnah Nabi SAW yang boleh kita jadikan sebahagian daripada rutin kehidupan kita.
Sunnah Nabi SAW ketika masuk tandas
1.Masuk tandas kaki kiri dan keluar kaki kanan.
2.Tutup kepala bila masuk tandas.
3.Masuk tandas dengan memakai alas kaki.
4.Buang air dalam posisi duduk.
5.Meminimumkan masa di tandas.
6.Tidak makan atau minum di dalam tandas.
Sunnah Nabi SAW ketika hendak tidur
1. Sebelum tidur, ambil wuduk dan kibaskan dahulu tempat tidur.
2. Mulakan tidur dengan mengiring sebelah kanan.
3. Kepala disarankan supaya menghadap kiblat ketika tidur.
4. Baca doa sebelum tidur.
5. Maafkan semua kesalahan orang lain dan halalkan hutang piutang.
6. Jika bermimpi baik, doa supaya dipercepatkan mimpi tersebut apabila terbangun.
7. Jika bermimpi buruk, apabila bangun segera buat isyarat ludah ke kiri dan berdoa semoga mimpi buruk dijauhkan.
8.Membaca doa bangun tidur apabila bangun atau mengucapkan alhamdulillah tanda syukur.
9. Mengemaskan tempat tidur apabila bangun.
Sunnah Nabi SAW ketika makan
1. Minum dengan tangan kanan.
2. Apabila minum, dalam keadaan duduk.
3. Minum dengan niat kerana Allah dan membaca Bismillah.
4. Basuh tangan sebelum makan.
5. Makan buah dahulu baru makan nasi.
6. Makan bermula dari tepi kemudian tengah.
7. Hisap jari selepas makan (sunnah 3 jari).
8. Selepas makan terus basuh pinggan.
9. Makan secara berjemaah, sama ada bersama keluarga atau sahabat handai.
10. Makan makanan yang berada di hadapan dan paling hampir, jangan mencapai makanan yang jauh daripada tempat duduk.
Sunnah Nabi SAW ketika ke masjid
1. Sentiasa datang awal ke masjid.
2. Berjalan kaki ke masjid.
3. Mengambil wuduk di rumah sebelum ke masjid.
4. Baca doa masuk dan keluar masjid.
5. Masuk masjid kaki kanan keluar kaki kiri.
6. Jika ada sampah di dalam masjid atau kawasan masjid, hendaklah mengutip dan membuang sampah tersebut.
7. Berniat iktikaf apabila memasuki masjid supaya semua perkara yang dilakuakan di dalam masjid dikira sebagai ibadah.
Sunnah Nabi SAW semasa memakai pakaian
1.Membaca Bismillah sebelum memakai baju atau membaca doa ringkas; Ya Allah, aku memohon daripada engkau kebaikan daripada berpakaian ini.
2. Bila memakai pakaian mulakan dgn sebelah kanan.
3. Melabuhkan pakaian.
4. Jangan memakai pakaian utk tujuan riak dan menunjuk – nunjuk.
5. Memakai pakaian yg menunjukkan simbolik seorg muslim.
Sunnah Nabi SAW pada Hari Jumaat
1. Memotong kuku pada hari Jumaat.
2. Memperbanyak berdoa pada ketika antara imam berkhutbah hingga waktu Asar.
3. Mandi sunat Hari Jumaat.
4. Memakai pakaian yang terbaik ketika menunaikan Sembahyang Jumaat.
5. Memakai wangi wangian.
Sunnah Nabi SAW yang lain
1. Memakai alas kaki sebelah kanan terlebih dahulu dan menanggalkan dengan sebelah kiri dahulu.
2. Memberi 3 kali salam ketika berkunjung ke rumah orang.
3. Apabila berasa marah ketika dalam keadaan berdiri, hendaklah mengubah posisi kepada posisi duduk manakala apabila marah ketika dalam keadaan duduk, hendaklah berbaring hingga perasaan marah hilang.
4. Jika masih berasa marah, berwuduklah semoga dijauhi perasaan panas baran tersebut.
5. Tutup aurat ketika memasak.
6. Adun atau kacau makanan dari kanan ke kiri seperti pusingan tawaf.
7. Jangan buka keseluruhan penutup periuk atau bekas minuman ketika mengambil nasi atau air.
8. Ketika sedang memasak, perbanyakkan zikir dan menyebut kebesaran Allah (baik utk ibu yang ingin membentuk anak).
9. Mengamalkan makanan seperti susu, madu, barli dan kurma.
10. Berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis.
11. Tidak menggunakan cawan yg sumpik atau pecah.
12. Jangan meniup air panas utk menyejukkannya.
13. Jangan minum dari bekas yg besar seperti jug air dan botol yang besar, sebaik – baiknya dituang ke dalam cawan terlebih dahulu.
Semoga serba sedikit sunnah Nabi SAW yang dikongsikan ini boleh dijadikan amalan hidup kita.
Nak cari kerja? Click SINI
Nak bercuti ke Tasik Kenyir, Terengganu? Click SINI
Mengalami masalah anai – anai dan haiwan perosak lain? Click SINI