SPR DASHBOARD : SEMAKAN CALON PARLIMEN ANDA DAN STATUS PENDAFTARAN PEMILIH

SEMAKAN CALON PARLIMEN DAN PENDAFTARAN PEMILIH

YAB PM telah membubarkan Parlimen Malaysia pada 10.10.2022. Jadi, SPR DASHBOARD bakal menerima kunjungan jutaan pemilih di Malaysia.

SPR DASHBOARD merupakan satu portal atas talian yang telah dilancarkan oleh Suruhanjaya pilihan raya (SPR)  bagi memudahkan semua pengundi menyemak senarai calon parlimen masing – masing dan  maklumat asas parlimen.

Melalui pelancaran SPR DASHBOARD ini, setiap pengundi akan lebih berpengetahuan berhubung maklumat asas dan statistik berkaitan parlimen masing – masing dalam Plihanraya Umum yang akan datang dalam menentukan masa depan dan hala tuju negara.

SPR DASHBOARD membolehkan anda mengenali calon parlimen kawasan masing – masing di samping maklumat seperti bilangan pengundi di parlimen anda.

  1. Layarilah SPR DASHBOARD sebagai kewajipan sebagai rakyat Malaysia. Warganegara Malaysia yang mendaftar sebagai pengundi bakal menentukan dan mencorakkan masa depan negara dengan memilih pemimpin yang benar – benar berkemampuan untuk memimpin dan memacu negara.

Apabila anda genap 18 tahun, SPR akan mendaftarkan anda secara automatik sebagai pemilih. Jadi apa yang perlu hanyalah semakan bagi mengenal pasti lokasi membuang undi melalui penggunaan MySPR.

Semak lokaliti parlimen anda dan kenali setiap calon yang bertanding bagi memudahkan anda membuat keputusan pada 19 November nanti.

Untuk mengenali siapa calon parlimen yang bertanding di kawasan anda, boleh layari pautan SPR DASHBOARD di bawah dan klik pada negeri serta daerah masing – masing:

KLIK DI SINI UNTUK MENYEMAK SENARAI CALON PARLIMEN ANDA

Bagi membuat semakan status pendaftaran anda, boleh layari pautan MySPR berikut

KLIK SINI UNTUK SEMAKAN STATUS PENGUNDIAN

 

Untuk keterangan yang lebih lanjut berhubung SPR DASHBOARD dan MySPR, anda boleh menghubungi talian hotline Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) di +603-8892 7018 dalam waktu operasi pejabat atau melalui sistem aduan di portal SPR.

Berikut merupakan empat langkah mudah untuk membuka akaun MySPR Daftar seperti panduan yang diberikan di bawah:

A. Menyertakan nombor telefon bimbit yang sah
B. Mengisi alamat emel yang sah
C. Gambar depan kad pengenalan
D. Gambar swafoto bersama kad pengenalan

Manakala berikut merupakan antara syarat-syarat pendaftaran sebagai pemilih :

A. Individu yang layak adalah Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.
B. Individu yang mendaftar hendaklah bermastautin di dalam kawasan pilihan raya yang ingin didaftarkan.
C. Tidak dihalang atau hilang kelayakan oleh undang-undang pihak berkuasa.

#maklumat ini merupakan maklumat yang diperolehi daripada laman sesawang rasmi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia

Maklumat berhubung Ahli Parlimen/Senator dalam senarai kabinet baru Malaysia; sila rujuk di pautan ini SENARAI KABINET BARU MALAYSIA 2021

imej SPR

Add Comment