Grammar Bahasa Inggeris SPM
Sejak dahulu lagi, bahasa Inggeris bahasa yang penting. Banyak negara, yang bahasa Inggeris bukan bahasa ibundanya, menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua yang harus dipelajari. Dalam era globalisasi sekarang, bahasa Inggeris bahasa yang harus dipelajari disebabkan oleh kepentingannya.
Antara kepentingan itu ialah bahasa Inggeris bahasa utarna dalam komunikasi antarabangsa. Bahasa Inggeris bahasa yang paling kerap dituturkan di serata dunia sehingga dirujukkan sebagai “bahasa dunia”. Jika kita melancong ke luar negara, kebolehan kita berbahasa Inggeris akan menjadikan kita berasa lebih selesa.
Selain itu, bahasa Inggeris bahasa utama dalam bidang perniagaan. Penguasaan bahasa Inggeris menjamin kelancaran urusan perniagaan yang melibatkan bangsa negara lain. Jika penguasaan bahasa Inggeris kita lemah, peluang kita untuk mengadakan urusan perniagaan dengan individu dan syarikat asing terbatas.
Di samping itu, bahasa Inggeris bahasa ilmu pengetahuan yang utama. Kebanyakan sumber ilmu, biar yang lama mahupun yang baharu, ditulis dalam bahasa Inggeris. Oleh itu, kebanyakan bahan rujukan seperti jurnal, ensiklopedia, Iaporan penyelidikan, dan khazanah ilmu terungkap dalam bahasa Inggeris. Kita pasti tidak dapat menimba ilmu daripada sumber tersebut jika penguasaan bahasa Inggeris kita lemah.
Seterusnya, bahasa Inggeris bahasa utama dalam telekomunikasi. Kini, kita dapat menonton siaran televisyen dari seluruh dunia, sama ada melalui televisyen satelit atau melalui Internet. Siaran televisyen itu kebanyakannya dalam bahasa Inggeris. Begitu juga halnya dengan Internet dengan lebih daripada 80% bahan dalam Internet menggunakan bahasa Inggeris. Kesimpulannya, bahasa Inggeris amat penting dalam era globalisasi kini.
Oleh itu, pos kali ini adalah Grammar Bahasa Inggeris SPM :
Bagi mendapatkan pelbagai bahan terkini untuk pdpc bagi kegunaan sekolah menengah, boleh sertai telegram di https://t.me/bahansekolahmenengah ataupun like facebook rasmi di Facebook Rasmi Bahan Sekolah Menengah
Perkongsian bahan ini diharap dapat memberi manfaat kepada rakan rakan guru, ibubapa dan mereka yang berkait dengan pembelajaran di peringkat sekolah menengah sama ada KSSM atau KBSM.