LEPASAN SPM 2020; APA NAK DIBUAT?

 LEPASAN SPM 2020; APA NAK DIBUAT?

Pertama sekali tahniah kepada semua 400 ribu lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang telah menerima keputusan masing – masing pada 10 Jun 2021 baru – baru ini. Anda semua hebat kerana mampu menduduki peperiksaan SPM dalam keadaan semasa yang kurang stabil dek penangan pandemik Covdi19.

Kemampuan menghadapi peperiksaan SPM 2020 dalam keadaan yang penuh dengan tekanan dan ketidakselesaan, ditambah pula dengan bimbingan daripada guru yang tidak seperti mana calon SPM sebelum ini, lepasan SPM 2020 boleh dilabel satu generasi yang sangat berdikari.

Berapa bilangan A, B, C yang diperoleh dalam peperiksaan SPM 2020 tidak lagi menjadi persoalannya. Semua pertanyaan tentang prestasi SPM 2020 telah terjawab pada 10 Jun 2021. Alhamdulillah, SPM 2020 mencatat keputusan terbaik dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini. Sebelum mula menyambung pelajaran dalam peringkat seterusnya, terdapat beberapa bulan tempoh yang boleh dimanfaatkan oleh pelajar lepasan SPM.

Tempoh ini wajar diisi dengan perkara yang bermanfaat agar tempoh tersebut tidak berlalu dengan sia – sia. Di sini terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan oleh pelajar lepasan SPM 2020 bagi memanfaatkan masa terluang tapi tertakluk PKP la jugak. Bak kata pepatah,”masa itu emas”.

Memutuskan Jurusan Yang Bakal Diambil

Ambil peluang masa terluang ini untuk mempertimbangkan pilihan yang ada dalam menyambung pelajaran. Tanya diri sendiri tentang perkara apa yang diminati dan jangan abaikan prospek pekerjaan bagi jurusan yang dipertimbangkan. Apa yang penting, pastikan minat terhadap jurusan atau bidang tersebut sangat tinggi dan prospek kerja adalah sangat baik. Boleh rujuk dan layari internet untuk mendapatkan maklumat tentang jurusa yang dipertimbangkan supaya tidak menyesal pada kemudian hari.

Bekerja Sambilan

Cadangan ini adalah yang paling popular sekali bagi lepasan SPM. Cuba ambil peluang untuk membuat kerja sambilan. Selain daripada memperoleh wang poket tambahan sebelum mula meyambung pengajian, pengalaman bekerja mencari duit sendiri amat berharga dan akan mengajar hakikat kehidupan. Pada waktu ini, segala kesusahan ibu bapa dalam mencari rezeki demi anak – anak sedikit sebanyak boleh dirasai.

Mendapatkan Lesen Memandu

Bagi lepasan SPM yang berkemampuan, disaran supaya mendapatkan lesen memandu ketika tempoh ini. Ini kerana, selepas mula menyambung pelajaran, anda tidak ingin lagi terikat dengan jadual sekolah memandu terutamanya bagi yang menyambung pelajaran di luar kampung halaman. Lagipun, keperluan untuk mempunyai pengangkutan sendiri amat penting semasa menyambung pelajaran di peringkat tinggi.

Transformasi Fizikal

Bagi yang ingin mendapatkan tubuh badan ideal, inilah masanya anda berusaha. Selepas mula menyambung pelajaran, masa untuk betul – betul fokus exercise mungkin terhad, bergantung kepada jurusan yang diikuti. Mungkin boleh jadikan satu rejim senaman sebagai sasaran untuk dilakukan secara konsisten sepanjang tempoh “berehat” ini. Tapi jangan lupa, makananan 80%, exercise 20%.

Memohon Biasiswa

Bagi lepasan SPM 2020 yang mempunyai keputusan yang cemerlang, boleh mula “riki” biasiswa yang ditawarkan. Elakkan diri daripada tergolong dalam golongan yang meminjam dan terpaksa memulakan kerjaya sebagai penghutang. KLIK SINI untuk maklumat biasiswa 2021.

Spend Time Dengan Keluarga

Kesempatan ini merupakan satu peluang kepada lepasan SPM 2020 untuk menghabiskan masa dengan keluarga terutamanya kepada pelajar sekolah berasrama. Ini kerana, selepas mula menyambung pelajaran, kebarangkalian untuk tinggal bersama keluarga semakin kurang dan perkara ini kemungkinan akan berlanjutan selepas menempuh alam pekerjaan dan mempunyai keluarga sendiri.

imej harianpost dot my

 

 

 

 

 

Subscribe channel Telegram kami untuk terus mendapatkan pelbagai berita dan perkongsian yang menarik.
»»»»»»»»Travula«««««««««

Like juga page facebook kami:

»»»»»»»»Travel Trending Tular Terkini«««««««««

Add Comment