Permohonan Dana Bakti Remaja TOM 2018 Kini Dibuka !!!

Permohonan Dana Bakti Remaja TOM Dibuka !!!

Berita baik khas untuk Anak Terengganu Darul Iman. Permohonan Online bagi Dana Transformasi Orang Muda (TOM) menerusi laman web  iDanaTTB telah dibuka iaitu bermula 4 Disember 2017 sehingga 4 Januari 2018. Semua golongan muda yang berusia 21 tahun sehingga 40 tahun  dan berstatus bujang dipelawa untuk memohon dana bantuan di bawah Kerajaan Negeri Terengganu ini.

 

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Belia, Sukan dan Sumber Manusia Setiausaha Kerajaan negeri Terengganu pemohon baharu atau lama perlu mendaftar di laman web http://danattb.terengganu.gov.my.

Pemohonan yang telah siap perlu dicetak dan diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (J3K) masing-masing untuk tandangan dan pengesahan.

Penyerahan bantuan akan diagihkan kepada penerima mulai 27 Januari 2018 sehingga 18 Oktober 2018.

 

Di dalam laman web tersebut terdapat 4 kategori yang boleh dibuat pilihan oleh pemohon-pemohon rakyat Negeri Terengganu:

1 – Saf Orang Muda (SOM)

2 – Komuniti Orang Muda (KOM)

3 – Sukan Orang Muda (SuKOM)

4 – Perantau Orang Muda (PrOM)

 

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN DANA REMAJA 2018

1 – Pemohon perlu mengisi kembali borang secara online di http://danattb.terengganu.gov.my bermula 4 Disember 2017 sehingga 4 Januari 2018

2 – Pemohon mestilah Rakyat Negeri Terengganu SAHAJA
(Pemohon yang bukan rakyat Negeri Terengganu tetapi bermastautin lebih 10 tahun di Negeri Terengganu perlu mendapat perakuan daripada Pengerusi JKKK Kawasan masing-masing).
3 – Pemohon mesti mendapatkan pengesahan dari J3K setempat SAHAJA dan tidak dibenarkan mendapat pengesahan dari J3K lain kecuali YB DUN atau Pegawai Penyelaras DUN sahaja.

4 – Pengiraan gaji adalah berdasarkan gaji pokok pemohon dengan tidak melebihi RM1,500.00 sebulan.

5 – Peserta mestilah berumur di antara 21 hingga 40 tahun dan berstatus bujang ketika mengisi borang permohonan.

6- Pemohon wajib mendaftar sebagai Daftar Pemilih di Terengganu dikecualikan kepada pemohon yang berumur 21 tahun pada tahun semasa.

7- Peserta yang tidak memenuhi atau tidak cukup syarat perlu ditolak permohonannya.

8 – Kerajaan Negeri berhak menolak permohonan dan meminda syarat-syarat di atas dari masa ke semasa tanpa sebarang notis.

 

Jangan lupa uar-uarkan berita ini kepada anak Terengganu yang lain. Sama-sama berkongsi rezeki yang Allah kurniakan.

Sumber: Terengganu Times

Add Comment