CARA BUKA AKAUN SIJIL SIMPANAN PREMIUM BSN

CARA BUKA AKAUN SIJIL SIMPANAN PREMIUN BSN

Baru – baru ini tuah seorang remaja 17 tahun dari Teluk Kumbar, Pulau Pinang yang terpilih untuk memenangi hadiah RM1 juta dalam satu cabutan Sijil Simpanan BSN pasti membuatkan ramai yang tertanya – tanya bagaimanakah caranya untuk membuka akaun Sijil Simpanan Premium Bank Simpanan Nasional.

Pertama sekali, pastikan dahulu anda mempunyai akaun di Bank Simpanan Nasional (BSN). Jika belum mempunyai akaun BSN, bolehlah berbuat demikian dengan segera sebelum anda boleh membuka akaun Sijil Simpanan Premium BSN anda. Boleh rujuk Facebook BSN untuk waktu operasi BSN sempena PKP.

Terdapat 3 maklumat penting untuk anda fahami sebelum membuka akaun Sijil Simpanan Premium BSN  seperti disenaraikan di bawah;

  1. Terbuka kepada warganegara Malaysia, penduduk tetap dan warga asing yang mempunyai alamat tetap di Malaysia
  2. Berumur 12 tahun dan ke atas
  3. Simpanan minimum RM10 (1 unit). Tiada had maksimum

Melalui Perbankan SMS

  1. Daftar di BSN
  2. Taip SSP<jarak>mpin<jarak>amaun contoh; SSP 999999 1000 dan hantar ke 36898
  3. Balas CONFIRM 7212 untuk pengesahan manakala bagi pembatalan, taip CANCEL 5740

Melalui Auto Teller Machine (ATM)

  1. Masukkan kad ATM BSN atau kad Debit BSN anda.
  2. Pilih butang “Simpanan BSN SSP”.
  3. Masukkan amaun yang dihajati (dalam gandaan 10)
  4. Simpan resit untuk rujukan.

Melalui Mesin Deposit Tunai

  1. Masukkan kad ATM BSN atau kad Debit BSN anda.
  2. Pilih butang “Simpanan BSN SSP”
  3. Pilih kaedah simpanan (debit akaun atau tunai)
  4. Deposit/masukkan amaun dalam gandaan RM10
  5. Simpan resit untuk rujukan

Melalui Perbankan Internet myBSN

  1. Layari laman sesawang www.mybsn.com.my
  2. Pilih “Simpanan BSN SSP”
  3. Pilih nombor akaun
  4. Isi maklumat seperti yang diperlukan
  5. Sahkan jumlah simpanan Sijil Simpanan Premium anda dan simpan resit untuk rujukan

Melalui Ejen Bank BSN yang berdaftar (EB)

  1. Kemukakan kad pengenalan dan wang tunai (bagi pelanggan baru) ATAU kad ATM/Debit bagi pemegang akaun BSN sedia ada)
  2. EB BSN akan proses simpanan di terminal POS.
  3. Sahkan simpanan dan simpan resit untuk rujukan.
  4. Bagi urusan dengan EB, amaun deposit maksimum termasuk untuk Sijil Simpanan Premium BSN adalah RM1,000.00 sahaja.

Jadi, jangan buang masa lagi, BSN akan membuat cabutan Sijil Simpanan Premium yang melibatkan hadiah RM1 juta ini pada setiap bulan pada tahun 2021 dengan seorang pemenang bertuah pada setiap bulan. Bagi Bulan Jun 2021 dan Bulan Disember 2021, seramai 2 pemenang bertuah akan dipilih. Cepat – cepatlah buka akaun Sijil Simpanan Premium BSN anda, mana tahu, anda adalah jutawan seterusnya.

sumber: BSN

Subscribe channel Telegram kami untuk terus mendapatkan pelbagai berita dan perkongsian yang menarik.
»»»»»»»»Travula«««««««««

Like juga page facebook kami:

»»»»»»»»Travel Trending Tular Terkini«««««««««

Add Comment