ANATOMI KASUT? APA ITU? PERLU KE KITA MENGETAHUINYA?

ANATOMI KASUT? APA ITU? PERLU KE KITA MENGETAHUINYA?

 

Kebiasaannya perkataan anatomi hanya sesuai digunakan pada objek hidup (manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan). Namun, tahukah anda, kasut juga mempunyai anatomi tersendiri. Apa itu anatomi? Anatomi merujuk kepada pengetahuan binaan bagi sesebuah objek. Oleh itu, hari ini kami akan menceritakan sedikit anatomi kasut bagi anda semua yang baru henda berjinak-jinak dalam dunia larian. Dengan pengetahuan ini, anda akan dapat membantu anda memilih kasut yang sesuai untuk mengelakkan kecederaan ketika melakukan aktiviti larian. Terlebih dahulu, anda seharusnya mengenal terlebih dahulu bahagian-bahagian nama di setiap kasut seperti gambar rajah di bawah;

 

ANATOMI KASUT? APA ITU? PERLU KE KITA MENGETAHUINYA?

ANATOMI KASUT? APA ITU? PERLU KE KITA MENGETAHUINYA?

Outsole

Apa itu outsole? Outsole adalah satu bahagian di tapak kasut atau paling senang adalah tapak kasut. Pelbagai jenis outsole yang boleh kita lihat di kedai, daripada sukan larian (road) sehingga la ke larian denai. Kebiasaannya, untuk larian di atas jalan ray, outsole kasut akan kelihatan rata dan kurang cengkaman berbanding dengan kasut denai yang memerlukan daya cengkaman. Ini kerana, denai yang mempunyai permukaan tidak rata menyukarkan para perlari untuk menggunakan outsole yang rata. Oleh itu, lain tujuan lain kasutnya.

 

Midsole

Midsole merupakan bahagian tengah-tengah kasut tersebut. Kebanyakkan syarikat yang menghasilkan kasut sukan telah memperkenalkan pelbagai jenis teknologi midsole seperti Asics yang menggunakan gel dan flyfoam, nike yang menggunakan lunarlon dan banyak lagi. Tujuan midsoel ini adalah lebih kepada sokongan atau pelapik kepada kasut anda.

 

Upper

Upper kasut merangkumi tali (lace), lidah kasut (tounge) dan upper material dan sebagainya. Kepentingan Upper kasut ini adalah tujuan menyokong kaki anda untuk sentiasa memegang kaki anda pada Outsole kasut dan pelbagai jenis lace yang boleh didapati di pasaran. Antaranya, quick lace dan sebagainya. Toe box juga memainkan peranan penting dalam memilih kasut larian. Ada sesetengah kasut yang toe box yang sedikit tirus di hadapan dan ada yang biasa. Sebelum anda membeli kasut tersebut pastikan anda boleh menggerakkan jari kaki anda di dalam tool box (Ini tips tambahan untuk mengelakkan kaki cepat lenguh).

 

Heel (Counter dan Collar)

Bahagian ini membantu pelari-pelari untuk melindungi buku lali dan ankle untuk mengalami kecederaan especially perlari denai. Oleh itu, anda disarankan mencari collar yang agak tebal sedikit bagi mengelakkan kecederaan dan memberikan keselesaan ketika berlari.

Kesimpulannya, sebelum anda membeli kasut pastikan anda betul betul selesa dengan kasut tersebut dan sesuai dengan bentuk kaki anda. Ada kaki yang rata dan ada kaki tidak rata. Di butik sukan sekarang terdapat ujian yang membolehkan anda mengenalapasti kasut yang sesuai dengan kaki anda dan anda boleh berlari di Thread Mill yang disediakan. Itu sahaja perkongsian kami pada hari ini. Stay Tune!

 

Subscribe channel Telegram kami untuk terus mendapatkan pelbagai berita dan perkongsian yang menarik.
»»»»»»»»Travula«««««««««

Like juga page facebook kami:

»»»»»»»»Travel Trending Tular Terkini«««««««««

Add Comment