TIPS BAGAIMANA MENGATASI ‘SEPARATION ANXIETY’ YANG WAJIB SEMUA PARENT AMBIL TAHU

TIPS BAGAIMANA MENGATASI ‘SEPARATION ANXIETY’ YANG WAJIB SEMUA PARENT AMBIL TAHU

 

Separation Anxiety atau dikenali sebagai Kebimbangan berpisah adalah salah satu rasa bimbang apabila individu A perlu berpisah dengan individu yang rapat dengan kita. Sebagai contoh, separation anxiety berlaku pada hari pertama persekolahan bagi anak-anak dan ianya merupakan sesuatu yang normal. Anak-anak telah diprogramkan untuk rasa takut dan bimbang apabila berpisah dengan ibu bapa mereka, begitu juga dengan ibu bapa sendiri. Perasaan bimbang itu normal, tetapi ianya menjadi keterlaluan apabila bimbang itu menjejaskan aktiviti anak di sekolah dan menjejaskan kehidupan seharian. Walaubagaimanapun, satu perkongsian oleh Dr Ahmad Luqman Bukhari tips mengenai Separation Anxiety yang mesti parent ambil tahu pada lingkungan umur anak 6 bulan hingga 3 tahun bagi mengelakkan anak-anak terlalu takut.

#1 Biasakan bercakap dengan anak kita bila kita nak ke mana-mana.

Masa nak ke tandas, beritahu anak, ” Mak nak ke tandas ni.” Nak ke dapur, ke bilik ataupun ke mana-mana ruangan perlu memberitahu kepada anak tersebut. Pada mulanya dia tidak faham tetapi lama-kelamaan, dia akan mula mengerti ke mana kita hendak pergi

#2 Untuk anak yang dah pandai merangkak, tak pun yang dah mahir berjalan, mak ayah cubalah main kejar-kejar dengan dia sekerap mungkin

Apabila dia mendekati kita untuk didukung, cubalah buat-buat melarikan diri seolah-olah seperti bermain dengan dia. Ini dapat mengelakkan dia meraung jika kita tidak mendukungnya tetapi sebaliknya dia merasakan kita tengah bermain bersamanya.

#3 Penting sangat untuk kita patuhi janji dengan anak. Kalau kita cakap nak pergi sekejap, make sure betul-betul sekejap

Bila dipraktikkan selalu, si kecil akan membina rasa yakin untuk ditinggalkan kerana dia mengetahui parent dia akan mendapatkannya.

#4 Ada anak yang jadi kacau bila macam ni masa nak tinggalkan pada pengasuh

Sebelum ditinggalkan anak bersama pengasuh, seeloknya dipersiapkan keperluan fisiologi dia. Jika lapar atau dahaga, penuhi la dahulu keperluannya. Dengan cara ini, dapatlah menenangkan seketika si kecil pada waktu ditinggalkan.

#5 Keraskan hati jika si kecil meminta untuk didukung

Beritahu yang kita sedang membuat kerja dan perlu disiapkan dengan segera. Jika dia menangis, biarkan sekejap. Apabila sudah selesai pekerjaan, boleh terus dapatkan si kecil dan hiburkannya. Lama kelamaan, si kecil akan faham yang ibu bapa dia tidak mengabaikannya dan mereka hanya perlukan masa sekejap untuk menyelesaikan urusan.

 

Sumber : Dr Ahmad Luqman Bukhari

Subscribe channel Telegram kami untuk terus mendapatkan pelbagai berita dan perkongsian yang menarik.
»»»»»»»»Travula«««««««««

Like juga page facebook kami:

»»»»»»»»Travel Trending Tular Terkini«««««««««

Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah

Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.

Add Comment