PEGAWAI ANTIDADAH GRED S41 : MAKLUMAT JAWATAN

 PEGAWAI ANTIDADAH GRED S41 :

MAKLUMAT JAWATAN

Pegawai Antidadah Gred S41 merupakan jawatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang bertanggungjawab dalam memastikan pelaksanaan dasar-dasar dan pencapaian matlamat bagi semua program pemulihan di institusi dan komuniti yang dirancang oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Pegawai Antidadah Gred S41 juga bertanggungjawab menyelaraskan program pencegahan dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan dengan dadah, kaedah-kaedah pentadbiran pusat dan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Syarat Kelayakan Akademik Pegawai Antidadah Gred S41

  1. Ijazah sarjana muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,078.00); atau
  2. Ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang berkaitan yang  yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred S41 : RM2,281.86).
  3. Syarat lengkap Pegawai Antidadah Gred S41

Pegawai Antidadah merupakan pegawai bawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang merupakan sebuah agensi bawah Kementerian Dalam Negeri. Agensi ini merupakan agensi utama dalam membanteras penyalahgunaan dadah dan substan di Malaysia yang terbahagi kepada empat komponen iaitu pendidikan pencegahan, penguatkuasaan & keselamatan, rawatan, perubatan & pemulihan serta hubungan antarabangsa.

Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) ditubuhkan pada 1996 dengan gabungan Bahagian Rawatan & Pemulihan Dadah bawah Kementerian Dalam Negeri dan Pasukan Petugas Antidadah (PPAD) bawah Jabatan Perdana Menteri. AADK berfungsi dengan berpuncakuasakan akta – akta seperti Akta AADK 2004 (Akta 638), Akta Penagih Dadah (Rawatan Dan Pemulihan) 1983 (Akta 283), Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234), Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 (Akta 316) dan Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakkan Harta) 1988 (Akta 340).

Sebagai seorang Pegawai Antidadah, adalah menjadi tanggungjawab kepada pemegang jawatan ini untuk membantu AADK mencapai objektif agensi iaitu mencegah seseorang dari terlibat dengan dadah, merawat dan memulih penagih dadah, mencegah penagihan semula serta membanteras bekalan, pengedaran dan penyalahgunaan dadah.

Pegawai Antidadah hendaklah memahami bahawa (4) empat objektif ini penting dalam memastikan misi AADK sebagai agensi utama memerangi dadah tercapai demi visi AADK unutk memastikan masyarakat Malaysia bebas daripada dadah.

KEMBALI KE HALAMAN UTAMA 

imej AADK

 

Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah

Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.

Add Comment