Senarai Kabinet-Kabinet PAKATAN HARAPAN

Senarai Kabinet-Kabinet Pakatan Harapan

Seperti yang kita sedia maklum, Pakatan Harapan telah memenangi PRU 14 yang telah berlangsung pada 9 MEI 2018 iaitu hari Rabu. Ia merupakan satu detik bersejarah yang dicatat seterusnya akan diingati oleh smua rakyat Malaysia apabila buat pertama kalinya Kerajaan Pimpinan Barisan Nasional (BN) dikalahkan sejak pertama kali  Negara Malaysia merdeka pada 1957.Pakatan Harapan yang memegang tampuk kepimpinan baru mula membentuk kerajaan dan ahli kabinet. Perlantikan Perdana Menteri ke-7 serta Timbalan Perdana Menteri telah dilangsungkan. Kemudian pada hari ini, 12 Mei 2018, satu sidang media khas telah diadakan di ibu pejabat Pakatan Harapan di Bangunan Yayasan Selangor di Petaling bagi mengumumkan tiga menteri dalam Kabinet baru pentadbiran.

Berikut adalah senarai kabinet-kabinet berserta jawatan masing-masing:

  1. Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-7

     2. Datuk Seri Datin Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia

     3. Lim Guan Eng dari DAP memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan.

     4. Tan Sri Muhyiddin Yassin dari PPBM memegang jawatan sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

     5. Mohamad Sabu dari AMANAH memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan.

 

Senarai kabinet-kabinet lain akan diumum kelak. Sementara itu, wakil dari Sabah dan Sarawak bakal dilantik dalam Jemaah Menteri di  bawah pentadbiran Pakatan Harapan.

 

Tambahan lagi, Tun Dr Mahathir Mohamad juga mengumumkan Majlis Penasihat  Ekonomi Kerajaan yang dianggotai oleh 5 orang bertanggungjawab merangka dan membentuk prasarana ekonomi negara untuk 100 Hari pertama pentadbiran Pakatan Harapan.

 

  1. Tun Daim Zainuddin (Bekas Menteri Kewangan)

2. Tan Sri Zeti Akhtar Aziz (Bekas Gabenor Bank Negara)

     3. Tan Sri Mohd Hassan Marican (Bekas Presiden Petronas)

     4. Tan Sri Robert Kuok (Ahli Perniagaan)

      5. Prof Dr Jomo Kwame Sundaram (Pakar Ekonomi)

 

Sekretariat Majlis Penasihat ini juga akan diselia oleh dua orang:

  1. Dr Muhammed Abdul Khalid (Pakar Ekonomi)

2. Datuk A. Kadir Jasin (Ikon Wartawan)

 

Berita selanjutnya akan menyusul bila bila masa sahaja.

 

Jangan lupa like facebook page kami untuk pelbagai perkongsian lagi

——————–> Travel Trending Tular Terkini <——————–

 

Add Comment