Bagi bayi yang baru lahir, ini doa dan ucapan yang sesuai untuk ibu bapa

Bagi bayi yang baru lahir, ini doa dan ucapan yang sesuai

Islam merupakan agama yang syumul iaitu menyeluruh dalam pelbagai aspek dan perkara. Antara perkara yang turut dituntut dalam agama Islam adalah memberikan ucapan dan doa kepada seseorang muslim atas kejayaan ataupun rezeki yang berjaya dikecapi dalam hidup.

Antara rezekinya adalah rezeki mendapat anak. Dalam Islam, ketika kita meraikan kelahiran bayi daripada keturunan seseorang yang kita kenal, terdapat juga ucapan dan doa yang boleh diberikan kepada ibu bapa bayi tersebut yang lebih islamik selain daripada ucapan tahniah.

Di dalam buku Menyambut si Buah Hati yang ditulis oleh Salim Rasyid As-Sibli dan Muhammad Khalifah (terbitan Ash-Shaf Media, halaman 30-31), penulis buku tersebut mengatakan,

“Tidak terdapat satu hadits pun dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tentang ucapan selamat, dan tidak ada sesuatu pun kecuali atsar yang diriwayatkan dari para tabi’in. Di antaranya:

Dari Hasan Al-Bashri rahimahullah, bahwasanya ada seseorang yang bertanya kepadanya, “Bagaimana cara saya mengucapkan ucapan selamat (kelahiran)?” Beliau menjawab, “Ucapkanlah olehmu,

جَعَلَ اللهُ مُبَارَكًا عَلَيْكَ وَ عَلَى أُمَّةِ مُحَمَّدٍ

“Ja’alallahu mubaarokan ‘alaika wa ‘ala ummati Muhammadin”

Artinya, “Semoga Allah menjadikannya anak yang diberkahi atasmu dan atas umat Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam”

(Atsar ini hasan, dikeluarkan oleh Imam Thabrani).”

Sebenarnya masih ada atsar lain dari Ayyub As-Sikhtiyani, namun karena lafazhnya sama, kita cukupkan dengan atsar Hasan Al-Bashri. Untuk melihat atsar tersebut serta takhrij atsar yang lebih komplit bisa dilihat di buku terjemahannya.

Kemudian, penulis juga berkata,

“Atsar-atsar seperti ini jauh lebih baik daripada apa yang kami lihat berupa ucapan yang diada-adakan yang bisa digunakan pada hari ini. Dan tidak seorang pun di antara ahlul ilmi yang memperbolehkannya. Akan tetapi bersamaan dengan itu kami tidak melazimkan (membiasakan) memberi ucapan selamat seperti di atas, layaknya amalan itu disebutkan oleh sebuah hadits Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Tidak juga kami menjadikannya seperti dzikir-dzikir yang lain yang telah pasti di dalam as-sunnah. Maka barangsiapa yang mengucapkannya pada suatu kali, tidak mengapa. Adapun yang tidak mengucapkannya maka tidak ada ruginya.

Berdasarkan perkara ini, bolehlah kita menggantikan ucapan tahniah yang sering diberikan kepada rakan kita yang baru bergelar ibu bapa dengan ucapan yang lebih Islamik seperti yang telah dikatakan di sini. Semoga ucapan dan doa yang kita berikan kepada ibubapa tersebut dimakbulkan oleh Allah s.w.t dengan anak tersebut menjadi anak yang soleh atau solehah dan taat kepada ibu bapa.

Semoga perkongsian ini berguna kepada para pembaca. In sha Allah.

 

Add Comment