Apa itu bitcoin yang bernilai RM 50K di Malaysia ini

Apa itu bitcoin

Di Malaysia ini, cepat betul peredaran tentang sesuatu perkara tambah tambah lagi kalau perkara itu berkaitan dengan duit. Dulu dengan emas tangguh, lepas tu forex ( foreign exchange) dan sekarang dengan bitcoin. Ramai dah orang muda sedang berkira kira belajar untuk mining bitcoin ini atau trade bitcoin ini.

Kalau nak tahu kenapa bitcoin kecoh sekarang kerana nilainya sedang meningkat naik. Bayangkan 1 bitcoin (btc) sahaja sudah bernilai  USD 11 676.42 ataupun dalam mata wang Malaysia bersamaan hampir RM 50 000 (5oK). Dulu pada tahun 2009 1 btc ini hanya bernilai beberapa US dollar sahaja.

Mari tengok sejarah terciptanya bitcoin ini.

Bitcoin adalah mata wang baru yang dicipta pada tahun 2009 oleh seseorang ataupun secara berkumpulan yang tidak dikenali menggunakan nama samaran Satoshi Nakamoto. Sehingga kini, lebih kurang 100 000 peniaga menerima bitcoin dalam transaksi mereka. Perniagaan kecil mungkin menyukai mereka kerana tidak ada yuran kad kredit. Sesetengah orang hanya membeli bitcoin sebagai pelaburan, dengan harapan mereka akan naik nilai.

Bagaimana hendak memperoleh bitcoin ini?

Ramai yang beranggapan sekarang bitcoin bakal menggantikan mata wang sekarang ini. Malah ramai juga yang beranggapan bitcoin ini lebih bernilai daripada emas sehingga sesuai dijadikan aset dan pelaburan untuk masa depan rentetan trend kenaikan harga bitcoin ini. Cara nak peroleh bitcoin ini dengan

Beli di pasaran
Beberapa site ataupun tempat yang dipanggil “pertukaran bitcoin” membolehkan orang ramai membeli atau menjual btc menggunakan mata wang yang berbeza. Mt. Gox adalah pertukaran btc yang terbesar. Dulu bolehlah beli btcoin sekarang harganya sangat mahal. Dulu saya pon ada peluang nak beli 1 btc dengan harga RM 30. Tapi saya cakap ni bukan pelaburan, scammer ni.

Pemindahan
Orang boleh menghantar btc antara satu sama lain menggunakan aplikasi mudah alih atau komputer mereka. Ia serupa dengan menghantar wang secara digital.

Perlombongan (mining)
Mining btc ini dengan menyelesaikan masalah matematik yang rumit ataupun teka teki melibatkan matematik. Jika berjaya, biasanya individu tersebut akan memperoleh btc.

Tempat bitcoin disimpan

Bitcoin bukannya seperti mata wang dapat disentuh dan dikeluarkan daripada mana mana mesin ATM. Btc hanya boleh digunakan atas talian ataupun secara digital. Terdapat dua tempat di mana biasanya btc dapat disimpan di dalam Digital Wallet iaitu sama ada di “cloud” ataupun dalam komputer pengguna.


Add Comment