Bank Soalan Ujian Pertengahan Penggal 2 Bulan Ogos KSSR Tahun 1 hingga Tahun 6 2018

Bank Soalan Ujian Pertengahan Penggal 2 Bulan Ogos KSSR Tahun 1 hingga Tahun 6 2018

Ujian pertengahan penggal 2 ini juga biasanya ditadbir semasa dan serentak dengan peperiksaan UPSR Ujian pencapaian sekolah rendah dan kebiasaannya sebelum bermulanya cuti pertengahan penggal 2.  Ini bertujuan untuk mewujudkan suasana persekolahan yang lebih senyap kerana jika diadakan pdpc, pastinya suasana sekolah agak bising dengan suara guru dan juga murid belajar, berbincang dan menjalankan pelbagai aktiviti.

Pada tahun 2018 ini, Soalan Ujian Pertengahan Penggal 2 ini mungkin dilakukan sebelum bermulanya cuti pertengahan penggal 2 yang bermula pada pertengahan Ogos 2018 ini. Ujian ini tidak dilaksanakan serentak dengan UPSR 2018 kerana UPSR 2018 akan dilaksanakan pada minggu terakhir September 2018.

Peperiksaan sebenarnya mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Murid-murid akan mempunyai motivasi diri yang tinggi dengan adanya peperiksaan. Ganjaran yang mereka perolehi selepas peperiksaan akan membina pertandingan yang sihat. Murid-murid akan berusaha bersungguh-sungguh dan guru akan sentiasa mencari jalan untuk menyampaikan pelajaraan dengan lebih kreatif.

Seluruh tujuan pembelajaran akan menjurus untuk mendapatkan ilmu. Jika belajar tidak didesak untuk menghafal, murid-murid akan bersikap sambil lewa. Apabila murid-murid dimotivasi untuk mencapaai gred yang baik dalam peperiksaan, murid-akan berusaha bersungguh-sungguh dan akan lebih menghargai ilmu dan proses mendapatkannya.

Bagi tahun 2018, tahun 1 dan tahun 2 akan menggunakan kertas peperiksaan yang berasaskan kandungan kurikulum yang telah disemak iaitu KSSR Semakan 2017 manakala bagi tahun 3 hingga 6, mereka akan menggunakan kandungan kurikulum daripada KSSR.

Gred yang baik akan menjamin kesenangan hidup pada masa akan datang. Pencapaian yang cemerlang akan membuka peluang mereka untuk melanjutkaan pelajaran atau mendapatkan pekerjaan yang baik

Berikut merupakan koleksi Ujian Pertengahan Penggal 2 Bulan Ogos 2018 daripada tahun 1 hingga tahun 6 termasuk KSSR semakan 2017.

Koleksi Kertas Ujian Pertengahan Penggal 2(Ogos) Tahun 1 2018

Koleksi Kertas Ujian Pertengahan Penggal 2(Ogos) Tahun 2 2018

Koleksi Kertas Ujian Pertengahan Penggal 2(Ogos) Tahun 3 2018

Koleksi Kertas Ujian Pertengahan Penggal 2(Ogos) Tahun 4 2018

Koleksi Kertas Ujian Pertengahan Penggal 2(Ogos) Tahun 5 2018

Koleksi Kertas Ujian Pertengahan Penggal 2 tahun 6

Semoga bermanfaat kepada guru.

Jangan lupa share kepada kawan2 ya pada group whasapp dan telegram. Klik sahaja button share tersebut. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain.

Pentaksiran sumatif ialah cara bagi mengukur pencapaian pembelajaran dalam jangka masa tertentu. Peperiksaan percubaan di sekolah dilaksanakan setelah keseluruhan sukatan pelajaran (dengan kadar ralat 5 – 10 peratus) berjaya diselesaikan. Peperiksaan percubaan pada asasnya ialah urusan dalam sekolah, tetapi seringkali diselaraskan di peringkat daerah, negeri atau kebangsaan.

Dengan mengambil kira jangka masa masa yang munasabah untuk urusan pemeriksaan, penyediaan kad laporan dan analisis data, peperiksaan percubaan biasanya dijalankan dua bulan sebelum peperiksaan sebenar. Pencapaian peperiksaan percubaan ialah petunjuk kritikal kepada pihak sekolah untuk melakukan sesuatu pada detik genting menjelang peperiksaan sebenar. Tempoh sebulan terakhir boleh digunakan sepenuhnya bagi mengenal pasti kesempatan yang masih berbaki untuk pecutan kecemerlangan dan pencapaian minimum.

Add Comment