TERIMA 1 JUTA CABUTAN SIJIL SIMPANAN PREMIUM BSN, REMAJA JADI JUTAWAN

TERIMA 1 JUTA CABUTAN SIJIL SIMPANAN PREMIUM BSN, REMAJA JADI JUTAWAN

“Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu”. Hasil menyimpan secara konsisten melalui Sijil Simpanan Premium BSN , seorang remaja berusia 17 tahun menjadi jutawan dalam sekelip mata apabila beliau diumumkan sebagai penerima Sijil Simpanan Premium BSN yang bernilai RM1 juta.

Rejustifymaja dari Teluk Kumbar, Pulau Pinang itu menjadi antara pemegang Sijil Simpanan BSN yang termuda yang menerima hadiah utama  sejak pelancarannya pada tahun 1978.

Menurut Ketua Pegawai Perniagaan Bank Simpanan Nasional (BSN), Mujibburrahman Abd Rashid; usaha berterusan akan terus dilaksanakan oleh BSN dalam membudayakan amalan menyimpan dalam kalangan rakyat di negara ini terutamanya golongan muda. Ini adalah termasuk penambahbaikan produk flagship Sijil Simpanan BSN ini secara konsisten.

Beliau turut memaklumkan bahawa BSN akan terus aktif dalam menggalakkan orang ramai supaya menyimpan dalam Sijil Simpanan Premium BSN, iaitu antara produk utama BSN yang  memberikan peluang kepada penyimpan untuk memenangi pelbagai hadiah lumayan termasuk RM1 juta.

Selain itu, BSN juga memperkenalkan Sijil Simpanan Premium BSN Edisi Khas yang menawarkan keuntungan tahunan setinggi 1.9 peratus. Produk yang diperkenalkan ini menawarkan tiga manfaat sekaligus iaitu sebagai simpanan, peluang untuk memenangi cabutan Sijil Simpanan Premium BSN dan juga kadar pulangan simpanan yang tinggi.

Bagi sepanjang tahun 2021, BSN telah memperuntukkan hadiah yang bernilai lebih RM30 juta untuk lebih 19,000 pemenang bagi Sijil Simpanan Premium yang akan ditentukan secara cabutan bulanan. Setiap bulan akan terdapat seorang pemenang bagi hadiah RM1 juta termasuk dua orang pemenang pada pertengahan tahun dan penghujung tahun (Bulan Jun dan Bulan Disember 2021)

BSN juga telah merekodkan seramai 44,000 orang penyimpan baru melalui Sijil Simpanan Premium BSN sehingga Mei 2021 yang menjadikan jumlah keseluruhan penyimpan Sijil Simpanan Premium mencecah empat juta orang dengan jumlah deposit keseluruhan bernilai RM4.1 bilion.

sumber: astroawani

BERMINAT DENGAN SIJIL SIMPANAN PREMIUM ?KLIK DI SINI

 

Subscribe channel Telegram kami untuk terus mendapatkan pelbagai berita dan perkongsian yang menarik.
»»»»»»»»Travula«««««««««

Like juga page facebook kami:

»»»»»»»»Travel Trending Tular Terkini«««««««««

Add Comment