SEMAKAN KEPUTUSAN STPM SEMESTER 3 2020

SEMAKAN KEPUTUSAN STPM SEMESTER 3 2020

Semakan keputusan STPM 2020 bagi ulangan 1, ulangan 2 dan semester 3 pasti dinantikan dengan penuh debaran oleh calon STPM 2020. Semakan ini dijangka boleh dibuat bermula pada 24 Jun 2021, berdasarkan pengumuman oleh Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) menerusi laman sesawang mpm.edu.my

Latar Belakang Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)

Apa itu STPM? STPM atau Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia merupakan peperiksaan yang dilaksanakan bermula 1982 adalah sama taraf dengan A-Level dan program matrikulasi. Walaubagaimanapun, Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) ini mengambil tempoh tiga semester berbanding program matrikulasi yang hanya dua semester.

Kelulusan STPM diiktiraf dalam aspek permohonan kerja termasuk jawatan di sektor awam. Oleh itu, lulusan STPM boleh memohon jawatan dalam perkhidmatan awam. Malahan, kelulusan STPM diiktiraf setaraf dengan diploma yang membolehkan pemegang Sijil STPM memegang jawatan sebagai kumpulan pelaksana I dalam perkhidmatan awam.

Perubahan Pelaksanaan Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

Sehingga Peperiksaan STPM 2012, sistem pelaksanaan peperiksaan ini adalah sama seperti peperiksaan awam lain seperti pada peringkat sekolah. Bermula 2012, pelaksanaan STPM telah diubah daripada sistem terminal kepada sistem penggal (tiga penggal). Matlamat perubahan ini adalah bagi menyelaraskan sistem STPM supaya lebih menyamai sistem pengajian di institut pengajian tinggi berbanding sistem persekolahan biasa. Semakan keputusan STPM akan dibuat oleh calon pada setiap penghujung penggal.

Perubahan pelaksanaan ini menyebabkan pembaharuan dalam penilaian Peperiksaan STPM seperti peperiksaan yang diadakan pada setiap penggal termasuk pengenalan kerja kursus, sama seperti sistem pengajian tinggi. Oleh itu, calon perlu membuat semakan keputusan STPM selepas setiap penggal.

Sistem Penggredan STPM

Setiap calon dikehendaki mengambil minimum 4 mata pelajaran dan maksimum 5 mata pelajaran yang dinilai berdasarkan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK)

No Kod Mata Pelajaran
1 900 Pengajian Am
2 910 Bahasa Melayu
3 911 Bahasa Cina
4 912 Bahasa Tamil
5 913 Bahasa Arab
6 920 Kesusasteraan Inggeris
7 922 Kesusasteraan Melayu Komunikatif
8 930 Syariah
9 931 Usuluddin
10 940 Sejarah
11 942 Geografi
12 944 Ekonomi
13 946 Pengajian Perniagaan
14 948 Perakaunan
15 950 Matematik (M)
16 954 Matematik (T)
17 958 Teknologi Informasi dan Komunikasi
18 960 Fizik
19 962 Kimia
20 964 Biologi
21 966 Sains Sukan
22 970 Seni Visual

Manakala sistem penggredan pula adalah seperti berikut;

Gred kertas Gred mata pelajaran Nilai gred subjek (SGP) Markah (%)[6] Status
A A 4.00 80 – 100 Lulus penuh
A- A- 3.67 73 – 79 Lulus penuh
B+ B+ 3.33 67 – 72 Lulus penuh
B B 3.00 60 – 66 Lulus penuh
B- B- 2.67 53 – 59 Lulus penuh
C+ C+ 2.33 47 – 52 Lulus penuh
C C 2.00 40 – 46 Lulus penuh
C- C- 1.67 37 – 39 Lulus sebahagian
D+ D+ 1.33 33 – 36 Lulus sebahagian
D D 1.00 30 – 32 Lulus sebahagian
F F 0.00 0 – 29 Gagal

PNGK akan dikira melibatkan empat mata pelajaran sahaja dengan mata pelajaran Pengajian Am adalah wajib. Bagi calon yang mengambil 5 mata pelajaran, empat mata pelajaran terbaik termasuk Pengajian Am sahaja yang akan diambil kira untuk PNGK.

Semakan Keputusan STPM Secara Atas Talian

Semakan Keputusan STPM 2020 secara atas talian boleh dibuat pada 28 Jun 2021 bermula jam 10 pagi menerusi pautan di bawah:

SEMAKAN STPM SEMESTER 3 2020

Manakala bagi semakan keputusan STPM bagi keputusan STPM Ulangan 1 2020 dan Ulangan 2 2020 pula boleh dibuat menerusi pautan berikut pada 24 Jun (ulangan 1) dan 25 Jun (ulangan 2):

SEMAKAN STPM 2020 ULANGAN 1

SEMAKAN STPM ULANGAN 2

Selain semakan keputusan STPM, boleh klik di SINI untuk permohonan/kemas kini IPTA/Politeknik/Kolej Komuniti

sumber mpm

Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah

Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.

Add Comment