PERMOHONAN KE IPTA (UPU ONLINE), KOLEJ KOMUNITI DAN POLITEKNIK DI SELURUH MALAYSIA BAGI SESI 2021

PERMOHONAN KE IPTA (UPU ONLINE) POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI DI SELURUH MALAYSIA BAGI SESI 2021

Kolej komuniti dan politeknik dibangunkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi sebagai alternatif dan sebagai tambahan tempat kepada universiti awam di Malaysia dalam menyediakan pengajian peringkat tinggi kepada rakyat di negara ini. Permohonan melanjutkan pelajaran ke politeknik dan kolej komuniti kebiasaannya dibuka selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan.

Pada asasnya, pendidikan di politeknik adalah berkonsepkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Selepas itu, bidang pengajian di politeknik dan kolej komuniti ditambah baik merangkumi bidang kejuruteraan, perdagangan dan perkhidmatan. Secara umumnya, kaedah pembelajaran di politeknik khususnya adalah lebih kepada penumpuan aspek hands on berbanding teori.

Malahan, permohonan pengajian peringkat sarjana muda turut ditawarkan di politeknik yang melibatkan 7 pengkhususan iaitu Sarjana Muda Reka Bentuk Komunikasi Visual dan Media Baharu, Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan dan Hospitaliti termasuk empat lagi dalam bidang kejuruteraan. Selain itu, Sarjana Muda Teknologi Pengurusan Fasiliti turut ditawarkan.

Di samping 7 bidang pengkhususan pada peringkat sarjana muda yang dikelola sendiri oleh politeknik, terdapat satu jurusan kejuruteraan yang ditawarkan hasil kolaborasi dengan Universiti Sains Malaysia iaitu Sarjana Muda Sains Perumahan, Bangunan dan Perancangan yang turut ditawarkan untuk permohonan kali ini.

Perkembangan ini menambahkan lagi peringkat pengajian di politeknik yang sebelum ini hanya merangkumi peringkat sijil dan peringkat diploma sahaja. Sehingga hari ini, terdapat 36 buah politeknik dan 104 kolej komuniti di seluruh negara.

Bermula 9 Jun 2021, lepasan SPM 2020 boleh membuat permohonan ke Kolej Komuniti dan Politeknik. Permohonan ini akan ditutup pada 2 Julai 2021 (jam 5 petang) dan keputusan bagi permohonan dijangka boleh mula disemak pada 16 Julai 2021, lebih kurang 1 bulan dari sekarang.

Pemohon boleh meneliti pautan yang disertakan di bawah ini untuk memohon mengikut jurusan yang dihajati. Pastikan keperluan mata pelajaran bagi setiap jurusan yang dimohon dipenuhi. Ini adalah untuk memudahkan pertimbangan dan kelulusan jurusan yang dimohon.

Berita baik bagi pelajar yang telah memohon ke IPTA melalui UPU ONLINE, permohonan dilanjutkan ke 2 Julai 2021 jam 5 petang. Oleh itu, permohonan baru boleh dibuat atau dikemas kini.

KLIK SINI JIKA LINE INTERNET ANDA SLOW

KEMAS KINI/PERMOHONAN BARU UPU ONLINE

KOLEJ KOMUNITI

POLITEKNIK

POLITEKNIK (OKU PENDENGARAN)

SARJANA MUDA POLITEKNIK 

SENARAI BIASISWA 2021

SEMAK KEPUTUSAN MUET SIRI 1 2021

imej bharian dot com dot my

 

Subscribe channel Telegram kami untuk terus mendapatkan pelbagai berita dan perkongsian yang menarik.
»»»»»»»»Travula«««««««««

Like juga page facebook kami:

»»»»»»»»Travel Trending Tular Terkini«««««««««

Add Comment