RAYUAN BPR ONLINE DIBUKA MULAI 15 JUN HINGGA 30 JUN 2021

RAYUAN BPR ONLINE DIBUKA MULAI 15 JUN HINGGA 30 JUN 2021

Rayuan BPR ini dibuka bagi memastikan tiada yang tercicir berhubung pemberian bantuan ini. Umum sedia tahu bahawa Kerajaan Malaysia melancarkan Bantuan Prihatin Rakyat BPR sebagai satu bentuk bantuan sara hidup kepada rakyat negara ini terutamanya daripada golongan B40 dan M40. Pengenalan bantuan BPR ini bermula tahun 2020 ketika kesan pandemik Covid19 mula mengakibatkan ramai rakyat di negara ini hilang punca pendapatan, Melalui BPR, sedikit sebanyak beban kewangan rakyat diminimumkan bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Penyaluran bantuan BPR ini adalah seperti berikut;

Pendapatan isi rumah bulanan kurang dari RM2,500

Tidak mempunyai anak atau mempunyai seorang anak layak menerima bantuan berjumlah RM1,200

Mempunyai 2 orang anak atau lebih akan menerima bantuan berjumlah RM1,800

Pendapatan isi rumah bulanan RM2,501 – RM4,000

Tidak mempunyai anak atau mempunyai seorang anak layak menerima bantuan berjumlah RM800;

Mempunyai 2 orang anak atau lebih akan menerima bantuan berjumlah RM1,200

Pendapatan isi rumah bulanan RM4,001 – RM5,000

Tidak mempunyai anak atau mempunyai seorang anak layak menerima bantuan berjumlah RM500

Mempunyai 2 orang anak atau lebih akan menerima bantuan berjumlah RM750

Manakala bagi individu bujang pula,  pendapatan hendaklah kurang daripada RM2,500 bagi melayakkan untuk memohon BPR berjumlah RM350.00. Individu bujang juga mestilah berumur sekurang – kurangnya 21 tahun semasa membuat permohonan.

Bagi tahun 2021, Hasil kemas kini data bagi pemohon BPR untuk tahun 2021 ini, sebanyak  RM4.6 billion telah disalurkan kepada penerima yang layak seramai 8.4 juta orang di seluruh negara pada Bulan Februari, Mac dan Mei 2021. Sebanyak RM2.4 bilion lagi akan dibayar pada September 2021.

Memandangkan terdapat makluman berhubung keciciran data yang meyebabkan masih terdapat isi rumah dan individu yang layak masih belum menerima bantuan ini, rayuan BPR telah dibuka bermula 15 Jun sehingga penghujung Jun. Melalui rayuan BPR ini, gologan yang layak boleh mengemas kini atau mengisi permohonan BPR untuk dipertimbangkan dalam masa terdekat ini.

Selain daripada individu yang tercicir, rayuan BPR ini membolehkan permohonan untuk BPR dikemukakan semula untuk semakan dan pertimbangan agensi yang mengawal selia agihan BPR ini iaitu Lembaga Hasil Dalam Negeri. Boleh KEMUKA KEMBALI PERMOHONAN BPR ANDA bagi membuat rayuan BPR. Jika belum pernah mendaftar, pemohon akan dikehendaki mendaftar terlebih dahulu. Sila baca dengan teliti syarat – syarat permohonan bagi memastikan rayuan BPR anda tidak ada sebarang masalah untuk diluluskan.

Imej utusan dot com

Subscribe channel Telegram kami untuk terus mendapatkan pelbagai berita dan perkongsian yang menarik.
»»»»»»»»Travula«««««««««

Like juga page facebook kami:

»»»»»»»»Travel Trending Tular Terkini«««««««««

Add Comment