FASA 2 PKP: 5 NEGERI DIBERI PERALIHAN

FASA 2 PKP: 5 NEGERI DIBERI PERALIHAN

Fasa 2 PKP yang lebih longgar berbanding fasa 1 PKP telah diberikan kepada lima buah negeri iaitu Kelantan, Perlis, Pahang , Perak dan Terengganu bermula isnin ini bersamaan 5 Julai 2021.

Peralihan lima negeri ini ke fasa 2 PKP diumumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan Negara, Yang Berhormat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media di Petaling Jaya.

Peralihan kepada fasa 2 PKP kepada kelima – lima negeri ini adalah mengambil kira penurunan bilangan kes Covid19 di negeri – negeri tersebut yang telah menurun dan menunjukkan perkembangan yang positif.

Peralihan kepada fasa 2 PKP sektor tambahan boleh dibuka iaitu automatif (kenderaan dan alat ganti), pembuatan berasaskan seramik, kilang perabot bagi tujuan eksport dan. pembuatan berasaskan getah. Pembuatan berasaskan keluli dan besi serta simen turut diberi kelonggaran untuk beroperasi dalam fasa 2 PKP.

Selain itu, bagi operasi perdagangan dan peredaran, kedai buku dan alat tulis, barangan elektrik termasuk komputer dan telekomunikasi turut dibenarkan beroperasi. Berita baik kepada juga kepada tuan punya kenderaan yang rambutnya dah serabai, kedai gunting rambut dan carwash juga dibenarkan beroperasi dalam fasa 2 PKP.

Berita baik juga kepada pengusaha kedai makan, food truck, penjaja , medan selera dan kiosk, waktu operasi telah dipanjangkan kepada jam 10 malam. Tidak ketinggalan juga kepada peminat aktiviti berbasikal dan berlari, anda sudah boleh melakukan aktiviti tersebut dalam fasa ini.

Walaubagaimanapun, rentas daerah dan rentas negeri masih tidak dibenarkan kecuali bagi guru dan pelajar sekolah. Namun demikian, kepada pasangan jarak jauh, rentas negeri boleh dipertimbangkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) jika ada keperluan mustahak dan kes kecemasan. Kepada pengusaha dan peniaga pasar malam dan pasar minggu, dalam fasa 2 ini kedua – dua bentuk perniagaan tersebut masih lagi tidak dibenarkan.

Maklumat Lengkap Berhubung SOP Bagi FASA 2 PKP ini boleh dilayari di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia seperti berikut: Laman Sesawang KKM : KLIK SINI

Pautan lain berkaitan Covid19 Malaysia

Senarai Bantuan PKP 3.0 (PEMULIH)

Panduan sebelum dan selepas menerima vaksin C0vid19

imej astro awani

 

Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah

Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.

Add Comment