PANGGILAN TEMUDUGA PENGAMBILAN GURU BARU ONE OFF 2021
Panggilan temuduga merupaan perkara yang dinantikan oleh graduan yang memohon jawatan guru seperti yang diumumkan pada 20 Jun 2021 oleh Menteri Kanan Pendidikan, Yang Berhormat Datuk Dr. Radzi bin Md. Jidin telah mengumumkan pengambilan guru akan dibuat bermula 7 Julai 2021.
Panggilan temuduga bagi pengambilan itu yang melibatkan 18,702 kekosongan bagi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 boleh disemak mulai 3 September 2021 melalui portal SPP. Menurut kenyataan media Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan pada 1 September 2021, panggilan temuduga akan melibatkan calon yang telah lulus tapisan sahaja.
Panggilan temuduga juga akan diadakan secara berperingkat bermula 8 September 2021. Calon – calon yang yang akan menerima panggilan temuduga sekali sahaja. Oleh itu, SPP mengingatkan supaya sentiasa peka dengan pengumuman berhubung panggilan temuduga dalam laman sesawang SPP.
Mengimbas kembali dalam sidang media oleh Yang Berhormat Datuk Dr. Radzi, beliau turut memaklumkan dua cabaran utama dalam melaksanakan pengambilan guru. Cabaran pertama adalah kekurangan calon guru lulusan institut perguruan dan cabaran kedua pula adalah ketidaksesuaian pilihan mata pelajaran.
Bagi mengatasi isu yang telah dikenal pasti dalam pengambilan guru ini, satu kerjasama strategik antara Kementerian Pendidikan Malaysia bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) diadakan dengan mencadangkan dua pendekatan. Pendekatan pertama adalah dengan memperkenalkan kluster opsyen mata pelajaran. Kepelbagaian kaedah lantikan turut dicadangkan sebagai pendekatan kedua dalam mengatasi masalah tersebut.
Kerjasama antara tiga agensi ini juga bakal melibatkan tiga komponen utama dalam urusan pengambilan. Komponen tersebut merangkumi panel penemuduga, keurusetiaan dan logistik.
Menurutnya lagi, Negeri Selangor, Johor, Sabah dan Sarawak merupakan negeri yang mencatatkan kekosongan jawatan guru yang tinggi. Berdasarkan mata pelajaran pula, keperluan pengambilan guru adalah ketara bagi subjek bahasa melayu, bahasa inggeris, sejarah dan pendidikan agama Islam. Selain itu, mata pelajaran pendidikan khas dan teknologi maklumat juga didapati mengalami situasi yang sama. Jadi, peluang yang lebih cerah bagi lepasan ijazah perguruan dalam bidang tersebut untuk dilantik ke skim perkhidmatan pendidikan ini.
Proses pengambilan guru ini dijangka akan mula dibuka pada 7 Julai 2021 manakala penempatan pula bakal dilaksanakan pada Ogos tahun ini.
sumber Dr Radzi Jidin
Panduan permohonan dan e borang
RUJUK TIPS MENHADAPI TEMUDUGA SEBAGAI PERSIAPAN
Subscribe channel Telegram kami untuk terus mendapatkan pelbagai berita dan perkongsian yang menarik.
»»»»»»»»Travula«««««««««
Like juga page facebook kami:
»»»»»»»»Travel Trending Tular Terkini«««««««««
Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah
- Mencari bahan sekolah rendah PT3 SPM STPM dan info berkaitan pendidikan? Layari sumberpendidikan.com
- Berminat belajar trading saham percuma? pendapatan 3-5 angka sebulan? Layari entrybiru.com
- Bagi yang mahu mendapatkan info tambahan, rujuk pada telegram di https://t.me/kerjakosongbiasiswa
- Untuk lebih kefahaman berkenaan dengan pelaburan saham dan belajar saham secara free boleh join dan like fb dan Telegram – https://t.me/ilmusahamkriptofree.
- Follow kami di Facebook di https://www.facebook.com/SumberPendidikanGuru dan Follow kami di telegram untuk pelbagai info dan maklumat terkini serta bahan -> https://telegram.me/sumberpendidikan
Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.