Perasaan was was kentut dalam solat

Perasaan was was kentut dalam solat

Menjadi lumrah seorang Muslim ketika solat, pastinya tidak akan terlepas juga dengan godaan dan bisikan syaitan melalui pelbagai cara atau keadaan. Antara caranya adalah dengan menimbulkan perasaan was was dalam hati seorang Islam.

Was-was adalah keadaan di mana orang tidak bisa bersikap dengan tegas atas keadaan dirinya, sehingga jiwa terombang-ambing.

Rasa was-was tersebut disebabkan oleh setan yang hanya menggantikan kedudukan Allah SWT bersemayam di hati manusia yang lalai. Allah akan mengunci dan mematikan hati orang yang berpaling dari-Nya.

“Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan yang Maha Pemurah (Al Quran), Kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) Maka syaitan Itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya.”
(QS. Az-Zukhruf: 36)

“Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, Maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya.”
(QS. Al-A’raf: 201).

Dalam solat juga sering terjadi datangnya perasaan was was dalam diri kita terutamanya was was sama ada terkentut atau tidak ketika solat. Jika terkentut, pastinya solat kita tersebut akan batal.

Terdapat hadis riwayat Abbad bin Tamim bahawa seorang lelaki mengadu kepada Rasulullah SAW tentang dirinya yang diganggu khayalan (was was)bahawa ada sesuatu (yakni, hadas seperti kentut) di dalam solatnya. Maka jawab baginda:

لاَ يَنْفَتِلْ – أَوْ لاَ يَنْصَرِفْ – حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتًا أَوْ يَجِدَ رِيحًا
Maksudnya: Janganlah lelaki itu beralih atau beredar (daripada solat) sehingga dia mendengar bunyi (kentut) atau mendapati ada bau. (Hadis riwayat Imam Bukhari (137))

Justeru, kalau tiada bau dan bunyi, dan lebih kepada was-was semata-mata, boleh dikira bahawa itu hanyalah pergerakan otot dubur semata-mata. Kadang-kadang kerana ada angin yang terperangkap di celah punggung tetapi bahagian luar. Itu bukan kentut. Kadang-kadang juga dirasai gas di bahagian hujung dalam dubur itu naik ke usus, membuatkan ada rasa sensasi di bahagian hujung. Itu juga bukan kentut.

Maka yang penting dalam isu ini ialah keyakinan bahawa memang ada hadas yang keluar, lalu membatalkan wuduk dan solat. Jika tiada maka kekallah hukum asal bahawa seseorang itu masih dalam keadaan suci.

 

Add Comment