Bahan-bahan Persediaan UPSR

Bahan-bahan Persediaan UPSR

Pada tahun 2016, kertas Bahasa Inggeris dipecahkan kepada 2 kertas berasingan, iaitu kertas Pemahaman (terdapat 2 bahagian, Section A (objektif) dan B (subjektif)) dan kertas Penulisan. Calon yang mengambil UPSR pada 2016 ialah kohort murid pertama yang mengaplikasi KSSR dan juga sistem PBS (Penilaian Berasaskan Sekolah).

Mulai 2016 juga, soalan-soalan dalam kertas UPSR mempunyai elemen KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi)/HOTS (High Order Thinking Skills) yang melibatkan soalan berbentuk subjektif untuk kertas soalan Bahasa Melayu Pemahaman (Bahagian B), juga untuk kertas Bahasa Inggeris Pemahaman (Section B). Hal ini menjadikan keputusan lulus penuh UPSR ialah 4A/6A (tambahan 2 kertas Pemahaman dan Penulisan untuk sekolah SJKC dan SJKT) (1988-2001), 5A/7A (2001-2015), dan 6A/8A (2016).

Dalam proses kemahiran belajar yang berkesan kepada pelajar, membuat nota merupakan komponen yang dianggap remeh. Kajian secara rambang di sekolah harian, 65 % pelajar tidak membuat nota sewaktu mengulangkaji pelajaran. Ada di antara pelajar yang membuat nota tetapi tidak menyimpan atau mengumpulnya secara sistematik.

Peranan nota kepada daya ingatan manusia merupakan elemen yang tidak perlu disangkal lagi. Ingatan manusia akan lupa 80% dalam masa 24 jam selepas menerima maklumat baru atau lama. Justeru itu, kalau kita lihat sistem pembelajaran di sekolah, guru-guru akan mengarahkan pelajar untuk menyalin nota yang disediakannya dengan harapan agar pelajar boleh membuat ulangkaji di rumah dan menjadi bahan bacaan penting apabila berhadapan dengan musim peperiksaan. Namun penyimpanan dan pengumpulan nota menjadi perkara yang perlu dititikberatkan kerana ia mampu menjadi motivasi kepada pelajar untuk mengulangkaji pelajaran.

Mengikut Tony Buzan, kombinasi penggunaan otak kanan dan kiri akan menguatkan lagi daya ingatan manusia. Pelajar sering menggunakan otak kiri untuk menyimpan dan mengeluarkan semula maklumat. Oleh itu, kaedah menghafal yang hanya melibatkan penggunaan otak kiri mempunyai tempoh ingatan yang kurang efektif. Apabila pelajar ingin membuat nota sewaktu mengulangkaji pelajaran, aspek kombinasi otak kiri dan kanan perlu diambil kira agar ingatan menjadi mudah dan seronok. Berikut adalah beberapa tip untuk menyediakan nota pelajaran.

Kebiasaan pelajar akan menggunakan kertas kajang, ‘examination pad’, kad manila yang dipotong pendek (nota ringkas) ataupun buku untuk membuat nota. Kelemahan sewaktu menyediakan nota ialah bahan-bahan ini tidak dikumpul dengan sistematik menyebabkan usaha membuat nota menjadi sia-sia. Kadang-kadang pelajar bersikap ‘hangat-hangat tahi ayam’ apabila rajin pada suatu masa (terutamanya selepas menghadiri kem motivasi) dan akhirnya kembali malas semula. Pada peringkat awal ini, nota dibuat dengan cantik dan kemas namun selepas itu, tidak tahu di mana diletakkan nota tersebut. Oleh itu, kumpullah nota dan gunakan dengan sebaik mungkin.

Apabila membaca, manusia akan tertarik dengan bahan-bahan yang berwarna-warni. Oleh itu, sebaik-baiknya pelajar menggunakan paling minimum 2 warna apabila membuat nota. Mencatat nota biasa menggunakan warna biru misalnya dan menulis dengan pen hitam untuk fakta-fakta atau perkataan-perkataan penting. Selain itu, pelajar juga boleh menggunakan ‘highlight’ yang berwarna untuk memberi penekanan kepada fakta penting. Kadangkala penggunaan pensil juga perlu terutamanya apabila menggunakan kaedah gambar dalam menulis nota.

Berikut merupakan bahan bahan persediaan UPSR 2018.

Koleksi Bahan Bahasa Melayu UPSR

Koleksi Bahan Bahasa Inggeris UPSR

Koleksi Bahan Matematik UPSR

Koleksi Bahan Sains UPSR

In sha Allah berguna kepada rakan guru.

Pelajar perlu ingat, nota yang dibuat adalah untuk dibaca sebagai bahan ulangkaji. Sekiranya nota ditulis dengan tulisan yang tidak cantik,motivasi kendiri pelajar akan menjadi lemah kerana tidak berminat untuk menatap dan membaca nota yang telah dibuat sendiri. Buatlah nota dengan kemas supaya ia seronok untuk dibaca sepanjang masa.

Apabila kita menulis nota, hanya fakta-fakta yang dianggap penting sahaja yang perlu dimasukkan ke dalam nota tersebut. Fakta-fakta itu pula perlu diolah ayatnya agar menjadi pendek dan ringkas. Sekiranya nota menjadi panjang, pelajar akan mula menjadi malas untuk membacanya.

Add Comment