SYARAT PERMOHONAN JAWATAN KOSONG PTPTN

SYARAT PERMOHONAN JAWATAN KOSONG PTPTN

Syarat permohonan bagi jawatan yang diiklankan PTPTN ; Pegawai Tadbir GredN41, Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 dan Pembantu Tadbir GRed N19 adalah seperti berikut;

Syarat Permohonan Pegawai Tadbir Gred N41

Pemohon hendaklah :-

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • (i) Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,080.00); atau
  • Ijazah Sarjana Muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N41: RM2,283.43)
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Permohonan Tambahan Pegawai Tadbir Gred N41 (Diberi keutamaan)

Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang :

  • Sains Komputer;
  • Teknologi Maklumat; atau
  • Kejuruteraan dalam bidang komputer atau Kejuruteraan Komputer

Berpengalaman dan berkebolehan dalam :

  • Mempunyai pengalaman atau penglibatan selama 2-3 tahun dalam pengurusan projek aplikasi web atau aplikasi mudah alih;
  • Mempunyai kemahiran komunikasi dan pengurusan masa yang baik;
  • Mempunyai kebolehan menyelesaikan masalah (problem solving) yang baik;
  • Mempunyai kemahiran Structured Query Languange(SQL) yang baik;
  • Mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam
  • Business Intelligence (BI);
  • Metodologi atau konsep gudang data (data warehouse);
  • Big Data Analytics;
  • Accounting Information Systems;
  • Computer Technology in Business; atau
  • Statistics for Accounting and Finance
  • Pengalaman dan pengetahuan dalam pemasaran digital
  • Berkebolehan mengenal pasti pasaran digital dan menganalisis trend pasaran
  • Berkebolehan untuk membuat perancangan, pemantauan, analisa serta mencipta kandungan/artikel laman digital dan media sosial.
  • Berkebolehan melaksanakan pelan strategik digital
  • Berkebolehan mengurus aktiviti pengiklanan digital

Syarat Permohonan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

Pemohon hendaklah :-

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • (i) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
  • diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Calon yang memiliki Sijil Matrikulasi KPM adalah layak dipertimbangkan pelantikan ke jawatan dalam Kumpulan Pelaksana di Gred 29 yang bersesuaian. Gaji permulaan bagi kelayakan Sijil Matrikulasi KPM ditetapkan bersamaan dengan gaji minimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum skim perkhidmatan berkaitan.

Syarat Permohonan Tambahan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 (Diberi keutamaan)

  • Mempunyai kemahiran dalam Structured Query Language (SQL), Cascading Style Sheet (CSS) dan Javascript;
  • Mempunyai pengalaman atau penglibatan selama 1-2 tahun dalam pembangunan aplikasi web atau aplikasi mudah alih;
  • Mempunyai kemahiran komunikasi dan pengurusan masa yang baik; dan
  • Mempunyai kebolehan menyelesaikan masalah (problem solving) yang baik.
  • Pengalaman bekerja dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan sekurang-kurangnya setahun;
  • Memiliki Diploma Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan atau lulus peperiksaan Safety And Health Officer (SHO) ;
  • Berkebolehan merancang serta menjaga keselamatan pekerjaan dan kesihatan kakitangan ketika berada di tempat kerja;
  • Berkeyakinan tinggi dan boleh berkomunikasi dengan baik di hadapan khalayak ramai;
  • Berkebolehan merancang, memantau dan menganalisa pematuhan keselamatan mengikut piawai undang-undang kerajaan di bawah Jabatan Keselelamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP); serta
  • Boleh melakukan peranan dalam membantu siasatan pihak JKKP dan menambah baik sistem keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
  • Bertanggungjawab melaksanakan, menyelia sistem dan operasi berkaitan dengan akaun pembayaran, kutipan hasil, terimaan hasil, klasifikasi hasil, penyelenggaraan buku tunai, daftar deposit, amanah dan penyediaan laporan tahunan.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman dalam :
    • Penyediaan, pengumpulan dan analisa data statistik;
    • Mengurus program dan aktiviti pengumpulan; dan
    • Pemprosesan, penganalisisan, penyediaan laporan dan penyebaran data.
  • ¬†Mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman dalam bidang tugas yang kreatif dan studio;
  • Berkebolehan untuk menjana dan mengelola idea kreatif terutama berdasarkan trend terkini pemasaran;
  • Berpengalaman dan berkebolehan dalam penghasilan storyboard pemasaran;
  • Berpengalaman dan berkebolehan dalam penghasilan grafik pemasaran;
  • Berpengalaman dan berkebolehan dalam penghasilan video, copywriting ,content¬† dan strategi penghasilan untuk tujuan pemasaran;
  • Berkebolehan untuk membuat analisa keberkesanan penghasilan;
  • Berpengalaman dan berkebolehan dalam pengurusan peralatan rakaman;
  • Mempunyai sikap positif, kreatif, inovatif dan berkomitmen tinggi ;
  • Berkebolehan mengenal pasti sasaran pasaran dan menganalisis trend pasaran semasa;
  • Boleh merancang pelan strategik untuk menepati keperluan pelanggan dan keperluan semasa;
  • Berkebolehan mengurus dan menyelaras aktiviti promosi;
  • Berkebolehan menjalankan kaji selidik untuk memahami permintaan pelanggan dan menguruskan brand positioning; dan
  • Mempunyai sikap positif, kreatif, inovatif dan berkomitmen tinggi dalam melaksanakan tugas.

Syarat Permohonan Jawatan Pembantu Tadbir Gred N19

Pemohon hendaklah :-

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,352.00); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,408.40); atau
  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19: RM1,464.80).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Syarat Permohonan Tambahan Pembantu Tadbir Gred N19 (Diberi Keutamaan)

  • Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas pengurusan kewangan;
  • Mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam penyelenggaraan pencegahan serta penyelenggaraan kelengkapan IT ; dan
  • Mempunyai kemahiran dan pengalaman dalam tugas-tugas penyelenggaraan aplikasi pengkomputeran dan asas sistem komputer.

KEMBALI KE HALAMAN UTAMA

RUJUK SINI UNTUK PERMOHONAN JAWATAN LAIN

Add Comment