Nota UPSR 2018

Nota UPSR 2018

Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) hanya satu daripada empat komponen dalam Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR) yang mula diperkuatkan bermula tahun 2017.

Tiga lagi komponen ialah Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi).

Menjelaskan pembaharuan itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin, berkata penilaian murid mulai tahun ini tidak lagi memfokuskan kecemerlangan akademik sahaja, tetapi turut melihat pencapaian mereka secara holistik sebagai seorang insan.

Menerusi PBD, pentaksiran dibuat ketika pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dengan merujuk kepada dokumen standard Kurikulum dan Pentaksiran (DKSP) untuk melihat tahap penguasaan pembelajaran murid.

Pentaksiran ini dibuat bagi membantu guru untuk menyediakan pelan pembelajaran bagi setiap murid menggunakan pelbagai jenis instrumen.

PAJSK pula akan mentaksir murid melalui penilaian SEGAK, iaitu Standard Kecergasan Fizikal bagi mengukur tahap kecergasan, Indeks Jisim Badan (BMI) bagi merekod tinggi dan berat badan sebagai satu indikator kesihatan, selain mengambil kira penyertaan/pencapaian sukan pada pelbagai peringkat.

Murid juga ditaksir dalam kokurikulum dan ekstra kokurikulum iaitu penyertaan dan pencapaian dalam persatuan, unit beruniform serta pembabitan secara sukarela pada semua peringkat.

Berikut dikongsikan pelbagai nota sebagai bahan bacaan. Boleh diletakkan di dalam smartphone ataupun cetak sahaja menggunakan printer. Nota dikumpulkan mengikut mata pelajaran.

Setiap nota dan kebanyakannya telah dikumpulkan mengikut mata pelajaran. Ini bertujuan bagi memudahkan urusan guru dan murid dalam mencari nota dan sumber rujukan sebagai persediaan akhir menghadapi peperiksaan.

Nota di bawah sini

Nota Padat UPSR Bahasa Melayu

Nota Padat UPSR Bahasa Inggeris

Nota Padat UPSR Matematik

Nota Padat Sains UPSR

Antara tambahan nota berkaitan UPSR yang boleh dirujuk oleh guru dan murid adalah…

Nota lengkap tatabahasa

80 kesalahan tatabahasa

Penjodoh bilangan

penerangan kata kerja berserta gambar

nota istilah sains upsr

Kongsikan kepada rakan guru dan anak anak kenalan yang bakal menduduki upsr pada tahun ini. Semoga mereka semua beroleh kejayaan dalam peperiksaan tersebut.

Nota nota ini merupakan nota yang dikongsikan oleh guru guru di seluruh Malaysia. Kredit kepada sumberpendidikan di atas perkongsian nota ini.

Add Comment