IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN DI KETENGAH DAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN DI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR DAN LEMBAGA KEMAJUAN TERENGGANU TENGAH (KETENGAH)

Iklan kekosongan jawatan; Permohonan daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa bagi memohon jawatan di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) dalam Perkhidmatan Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana. Keutamaan akan diberi kepada pemohon yang menetap di Negeri Terengganu.

1. Pegawai Tadbir
2. Penolong Pegawai Pertanian
3. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa
4. Pelukis Pelan (Seni Bina) / Penolong Pegawai Senibina
5. Penolong Pegawai Tadbir
6. Penolong Akauntan
7. Pembantu Tadbir
8. Pembantu Penguatkuasa
9. Pengawal Keselamatan
10. Pembantu Awam
11. Pembantu Operasi

CARA MEMOHON

1. Permohonan hendaklah dibuat terus secara ATAS TALIAN menggunakan Sistem e-Jawatan KETENGAH yang boleh dilayari melalui laman web rasmi KETENGAH

https://www.ketengah.gov.my atau terus ke https://ejawatan.ketengah.gov.my

2. Pemohon-pemohon yang pernah memohon adalah dikehendaki memohon semula jika masih berminat dan layak.

3. Permohonan-permohonan berikut AKAN DITOLAK:-

(a) Pemohon berumur kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;

(b) Tidak disertakan dokumen-dokumen yang diperlukan;

(c ) Dokumen tidak lengkap atau tidak terang;

(d) Tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan di dalam iklan;

4. Tarikh Tutup Permohonan ialah pada 24 Julai 2021.

CATATAN AM

1. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil temu duga.

2. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan daripada tarikh iklan ditutup, hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

3. Sebarang tuntutan perjalanan menghadiri temuduga jawatan ini adalah tanggungjawab sendiri.

  1. Selain KETENGAH, terdapat juga kekosongan jawatan di KPLB bagi jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat

Iklan kekosongan jawatan ini menawarkan jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41 dengan jumlah kekosongan bagi jawatan ini adalah 14. Penempatan bagi jawatan bawah Kumpulan Pengurusan & Profesional ini pula adalah bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Calon yang dikehendaki hendaklah mempunyai ciri – ciri berikut; mempunyai keterampilan yang baik; semangat bekerja secara berkumpulan yang tinggi;
mempunyai bakat kepimpinan; cemerlang dalam aspek jati diri dan memiliki  kelayakan akademik yang menepati keperluan skim perkhidmatan.

Berikut merupakan syarat lantikan bagi jawatan untuk iklan kekosongan jawatan ini;

Iklan Kekosongan Jawatan (Syarat Lantikan)
i) Warganegara Malaysia,
ii) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
iii) Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf
oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan; atau Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf.
iv)Memiliki Kepujian (minimum gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SPMV) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Iklan Kekosongan Jawatan (Syarat Peningkatan Secara Lantikan)
Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai
Pembangunan Masyarakat adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak
Berkuasa Melantik untuk Peningkatan Secara Lantikan (PSL) ke jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat Gred S41, tertakluk kekosongan jawatan,

i)Berumur kurang daripada 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai
yang umur persaraan wajib 60 tahun.
ii) Keperluan bidang adalah terbuka tidak termasuk bidang kejuruteraan, sains tulen dan teknologi.
iii) Bagi calon yang sedang melanjutkan pelajaran pada peringkat ijazah sarjana muda, hanya ijazah sarjana muda yang telah diiktiraf oleh senat universiti pada/sebelum tarikh tutup iklan permohonan jawatan ini layak
memohon.

Iklan Kekosongan Jawatan (Maklumat Tambahan)

i) Tarikh tutup permohonan bagi iklan kekosongan jawatan ini adalah pada jam 1159 malam, 5 Julai 2021.
ii) Maklumat terperinci bagi iklan kekosongan jawatan ini boleh dirujuk di SINI
iii) Permohonan boleh dibuat secara atas talian pada pautan INI

Jawatan lain sektor kerajaan:

Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19

Pelbagai jawatan kosong di Hospital Pengajar UNISZA

imej SPA

Untuk pelbagai info boleh follow telegram dan web di bawah

Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dalam urusan permohonan sama ada pelaburan, permohonan kerja, biasiswa ataupun sambung belajar.

Add Comment