5 kelebihan lemon yang ramai tidak tahu

Sekarang ni sangat popular diet harian yang minum infused water sebagai salah satu program atau cara untuk menurunkan berat badan. Antara infused water yang popular adalah lemon. Antara cara yang terbaik untuk minum lemon adalah segelas pada waktu pagi iaitu ketika perut masih lagi kosong untuk membantu menurunkan berat badan. Yang paling terbaik adalah rendaman lemon yang suam atau panas.

Membantu mengurangkan berat badan

Kajian menunjukkan minum air kosong sahaja sudah dapat meningkatkan kadar metabolisma dan minum air rendaman lemon pada waktu pagi sememangnya dapat membantu mengurangkan berat badan.

Membantu pencernaan

Air rendaman lemon juga dikatakan dapat membantu proses pencernaan di dalam badan. Asid dalam air rendaman lemon dapat memperlahankan proses pencernaan seterusnya membantu badan kita untuk menyerap nutrisi daripada makanan dengan lebih baik.

Kadar penyerapan yang lebih perlahan ini membantu hormon insulin dan meningkatkan penyerapan nutrien dalam makanan.

Membantu membersihkan hati

Selain manfaat yang sihat daripada air infused lemon, enzim dapat membantu merangsang fungsi hati dan membantu dalam menyingkirkan sisa toksik dari tubuh anbadan. Air lemon ini juga dikatakan dapat mengurangkan rasa lapar.

Pelbagai resipi air rendaman lemon yang boleh dibuat setiap hari

Meningkatkan imunisasi badan

Pengambilan Vitamin C adalah salah satu cara yang paling mudah untuk meningkatkan sistem imun badan kerana ia membantu meneutralkan radikal bebas yang berkaitan dengan penuaan dan penyakit.

Satu biji lemon mengandungi 187% kandungan vitamin C yang diperlukan oleh badan pada setiap hari. Air rendaman lemon juga membantu meningkatkan tahap tenaga. Oleh itu, jika pada masa akan datang berasa cepat letih dalam menjalani rutin harian, amalkan minum air rendaman lemon setiap hari.

Meningkatkan keadaan kulit dengan lebih baik

Antioksidan dalam air rendaman lemon bukan sahaja membantu mengurangkan tanda atau parut pada kulit, tetapi juga membantu mengurangkan kedutan pada kulit.

Air lemon juga boleh digunakan untuk parut dan tanda penuaan untuk mengurangkan penampakan tanda tersebut kerana jus lemon ini akan membuang toksin pada darah seterusnya mencerahkan kulit.

Jom, mari sama amalkan minum air lemon atau sebaiknya air rendaman lemon setiap hari sebagai amalan menjaga kesihatan badan.

Add Comment