Berita Gembira Untuk Anak TERENGGANU Yang Sedang Menuntut di IPT DALAM dan LUAR NEGARA

Bantuan Zakat IPTA/IPTA Dalam & Luar Negara

Berita baik untuk semua anak TERENGGANU yang sedang menuntut di IPT DALAM & LUAR NEGARA, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM) telah menyediakan Bantuan Zakat IPTA/IPTS yang kini telah DIBUKA. Semua penuntut di IPT Dalam dan Luar Negara dipelawa untuk memohon zakat tersebut. Seperti yang sedia maklum, setiap tahun MAIDAM memberi peluang kepada penuntut untuk memohon bantuan ini. Berikut adalah maklumat-maklumat tentang bantuan tersebut.

  1. Permohonan dibuka pada 3 JAN – 31 MAC 2018.
  2. Penghantaran ‘Hardcopy’ dan dokumen berkaitan perlu dibuat sebelum atau pada 31 MAC 2018.
  3. Permohonan DALAM NEGARA perlu dicetak dan dihantar ke Pusat Urusan Zakat Daerah masing-masing.
  4. Permohonan LUAR NEGARA perlu dicetak dan dihantar ke Ibu Pejabat Kuala Terengganu.
  5. Syarat penuh, maklumat lanjut & cara memohon boleh terus ke laman web MAIDAM www.maidam.gov.my .

 

Cara-Cara Memohon Bantuan Zakat IPTA/IPTS

  1. Untuk menyenangkan semua pemohon, anda perlu tekan pada link ni sahaja. http://www.espmb.com/maidam_zakat/
  2. Dalam laman web terdapat pelbagai pilihan. Terus ke kotak hijau yang tertulis PENDIDIKAN dan anda boleh lihat terdapat pelbagai pilihan lagi. Untuk memohon bantuan zakat ini, hanya Permohonan Bantuan Zakat IPTA/IPTS Dalam dan Luar Negara serta Lanjutan Permohonan Bantuan Zakat IPTA/IPTS Dalam dan Luar Negara sahaja yang terlibat.
  3. Bagi Pemohon Baru boleh terus memilih Permohonan Bantuan Zakat IPTA/IPTS Dalam dan Luar Negara dan bagi Pemohon Lama boleh terus memilih Lanjutan Permohonan Bantuan Zakat IPTA/IPTS Dalam dan Luar Negara Sahaja.
  4. Paparan yang keluar untuk setiap pilihan untuk adalah berbeza. Untuk Pemohon Baru, paparan adalah seperti berikut:

    Untuk Pemohon Baru

  5. Untuk Pemohon Lama pula, apabila anda menekan ia akan keluar seperti berikut:

    Untuk Pemohon Lama

     

  6. Selepas membaca semua maklumat dan syarat yang diberikan, pemohon boleh terus ‘scroll’ ke bawah dan menekan Borang Kemaskini untuk Pemohon Laman dan Borang Permohonan untuk Pemohon Baru.

    Tekan Borang Permohonan untuk Pemohon Baru

  7.  Kemudian, paparan berikut akan keluar:

    Untuk Pemohon Baru

    Untuk Pemohon Lama

     

  8. Akhir sekali, isi masukkan nombor kad pengenalan anda dan terus mengisi maklumat maklumat yang diminta selepas anda masuk. Untuk makluman, pemohon dikehendaki mengisi semua maklumat supaya permohonan anda tidak gagal.

 

Semoga apa yang dikongsikan dapat dikongsikan bersama dengan yang lain. Jangan lupa beritahu kawan-kawan Terengganu yang sedang menuntut di IPT/IPTS Luar dan Dalam Negara untuk memohon bantuan ini.

Add Comment