Senarai Website Yang Berguna Untuk Pelajar Tahun Akhir di IPT
Seperti yang sedia maklum, apabila seseorang pelajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) berada di tahun akhir mereka. Semestinya mereka akan berdepan dengan Projek Tahun Akhir atau lebih dikenali dengan FYP (Final Year Project). Setiap pelajar harus menyiapkan FYP mereka untuk membolehkan mereka menamatkan pengajian seterusnya menggapai segulung ijazah. Ada sesetengah kos yang ditawarkan tidak memerlukan pelajarnya untuk membuat FYP sebagai contoh kos perakaunan. Berikut adalah website yang boleh membantu pelajar untuk mencari arktikel untuk digunakan dalam penyiapan thesis.
- www.academia.edu – website ini menawarkan banyak thesis dalam bahasa Melayu tetapi seharusnya pengguna mendaftar dulu sebelum menggunakannya. Pendaftarannya tidak terlalu susah dan ianya percuma sahaja.
- www.pdqtopen.proquest.com – website ini jugak menarik untuk membantu penulisan pelajar.
- www.oatd.org – Open Access Thesis and Dissertations
- www.jstor.org
- www.jurn.org
- www.scientdirect.com
- google book downloader – sesuai untuk mendapatkan ebook yang dekat google book yang kebiasaanya ebook tu memerlukan pembayaran dahulu.
- Mendeley – ini bukan tempat rujukan untuk thesis, tetapi boleh digunakan untuk menyusun atur literature review dan senang untuk membuat citation. Boleh google terus je Mendeley ni.
Selain daripada yang disebut ini, terdapat pelbagai lagi website yang boleh membantu pelajar dalam penulisan thesis mereka. Ada website yang terpaksa mengeluarkan sedikit wang untuk mendapatkan journal tersebut. Walaubagaimanapun ada cara yang boleh digunakan untuk mendapatkan journal yang berbayar tetapi buat masa sekarang tengah mencari cara yang halal. Tidak eloklah sekiranya berkongsi cara yang tidak elok untuk pelajar.
Oleh itu, diharapkan dengan perkongsian sedikit sebanyak dapat membantu pelajar-pelajar IPT untuk menyiapkan thesis seterusnya melengkapkan pengajian mereka dalam kos masing masing. Kongsi-kongsi lah maklumat ini dengan kawan-kawan yang lain. Mana tahu di saat mereka sedang buntu menyiapkan penulisan thesis ini, dengan perkongsian ini dapat memberi ilham dan maklumat yang cukup. Seperti pepatah yang kebiasaan didengari, “Kita ada seringgit, kawan kita ada seringgit tetapi kalau kita tukar kita tetap ada seringgit. Kalau kita ada satu ilmu, dan kawan kita ada satu ilmu, jika kita tukar, kita akan ada dua ilmu dan kawan kita akan turut mendapat dua ilmu”.
Subscribe channel Telegram kami untuk terus mendapatkan pelbagai berita dan perkongsian yang menarik.
»»»»»»»»Travula«««««««««
Like juga page facebook kami:
»»»»»»»»Travel Trending Tular Terkini«««««««««