PERMOHONAN I-SINAR TANPA SYARAT (TARIKH TUTUP 30 JUN 2021)

PERMOHONAN I-SINAR TANPA SYARAT (TARIKH TUTUP 30 JUN 2021)

Program i-Sinar pertama kali dilancarkan pada tahun lepas iaitu bermula Disember 2020. Program ini telah memanfaatkan 2 juta orang pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di seluruh negara. Pada tahun 2021, program ini sekali lagi diperkenalkan oleh kerajaan bagi membantu pencarum KWSP terutamanya yang terjejas. Had pengeluaran untuk kali ini adalah sehingga sehingga RM10,000.00 dan permohonan telahpun dibuka sejak 8 Mac 2021 secara atas talian. Permohonan ini terbuka kepada semua pencarum KWSP yang berumur tidak melebihi 55 tahun  dan mempunyai baki minimum dalam akauan KWSP serendah RM150.00. Isu kewarganegaraan pencarum pula tidak menjadi syarat dalam permohonan ini.

Pencarum yang berhasrat memohon hendaklah memastikan akaun bank yang didaftarkan dengan KWSP merupakan akaun persendirian yang masih aktif. Pencarum juga disaran untuk mendaftar nombor telefon bimbit dalam profil peribadi akaun KWSP. Ini adalah bagi memudahkan proses permohonan dan kelulusan i-sinar pencarum.

Proses permohonan i- Sinar 2.0 ini sama seperti i-Sinar 1.0 iaitu secara atas talian dan boleh dilayari melalui pautan di bawah. Klik dan sila ikuti setiap arahan yang diberikan pautan; PERMOHONAN I SINAR

Pemohon i-Sinar akan dibahagian kepada 2 kategori iaitu pencarum yang mempunyai baki akaun KWSP kurang daripada RM100,000.00 dan pencarum dengan baki akaun KWSP melebihi RM100,000.00. Bagi pemohon yang mempunyai baki akaun kurang daripada RM100,000.00, had amaun pengeluaran adalah RM10,000.00. Walaubagaimanapun, had pengeluaran ini tertakluk syarat baki minimum dalam akaun KWSP hendaklah berjumlah RM100.00.

Bagi pencarum yang mempunyai akaun KWSP yang melebihi RM100,000.00, had amaun pengeluaran adalah 10% daripada baki akaun. Namun, had 10% ini tertakluk kepada had maksimum RM60,000.00.

Bayaran bagi permohonan i-Sinar yang diluluskan akan disempurnakan dan dikreditkan ke akaun pencarum yang dalam tempoh 6 bulan. Bayaran akan dibuat berdasarkan amaun minimum  RM1,000.00. Namun begitu, had amaun bayaran pertama bagi permohonan i-Sinar yang telah dilulusan adalah maksimum RM5,000.00 (pencarum dengan baki akaun kurang daripada RM100,000.00) dan RM10,000.00 (pencarum dengan baki akaun melebihi RM100,000.00)

 

Add Comment